Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Masih Terkawal, Tak Perlu Darurat..”- Anwar Ibrahim Lawat Mangsa Banjir Di Johor

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pihak kerajaan tidak akan mengisytiharkan darurat susulan situasi bencana banjir buruk yang dihadapi oleh negeri Johor ketika ini.

Anwar berkata, pihaknya tidak akan mengisytiharkan darurat memandangkan keadaan banjir di negeri berkenaan masih dalam keadaan terkawal.

Jelasnya, pengisytiharan itu tidak perlu dilakukan berikutan hujan dijangka berkurangan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

“Keputusan kerajaan tidak isytihar darurat kerana hujan dijangka berkurangan dan keadaan di beberapa tempat sudah sedikit surut, walau beberapa tempat mengalami banjir termenung.
“Ini mengambil masa sedikit untuk surut,”ujarnya.

Menteri Besar Johor cakap cuaca semakin baik

Ujar Anwar, beliau dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi bahawa keadaan cuaca di negeri berkenaan semakin baik dan ia jelas tidak perlu perintah darurat dilaksanakan.

“Namun tidak perlu darurat setakat ini kerana keadaan cuaca semakin baik dan banjir agak berkurangan. Itu yang dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Tengah, Segambut, Johor, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Anwar turut mengumumkan bantuan khas sejumlah RM50 juta kepada Johor susulan banjir terburuk pernah dihadapi negeri ini.

Sumber: Berita Harian (Mohamed Farid Noh)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Lokal

Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan akan mengadakan perjumpaan bersama pihak Multiracial Reverted Muslims (MRM) bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang, susulan tindakan penguatkuasaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd