Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mangsa Sempat Keluar Dari kenderaan, Cuba Selamatkan Diri Berpaut Pada Dinding Tebing Sungai – Polis

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berdepan keadaan sukar dalam usaha mengesan seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma di sini semalam, berikutan paras air meningkat hampir enam meter selepas hujan lebat pagi tadi.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam berkata operasi mencari mangsa berusia 34 tahun itu akan diperluas secara berperingkat mengikut aliran sungai menuju ke Shah Alam, Selangor.

Mangsa sempat keluar

Mangsa sempat keluar

lelaki hanyut

“Kami akan mulakan operasi mencari dari lokasi kejadian dan bergerak sejauh mungkin hari ini, namun ia bergantung kepada paras air semasa,” katanya kepada pemberita di lokasi.
Beliau berkata polis turut mengenal pasti identiti mangsa yang merupakan penyelia bagi projek penambahbaikan sungai di kawasan berkenaan dan cuba mengalih kenderaannya ketika kejadian berlaku.
“Rakaman video yang tular mendapati mangsa sempat keluar dari kenderaannya sejurus kejadian kepala air berlaku dan cuba menyelamatkan diri dengan berpaut pada dinding tebing sungai.
“Bagaimanapun, arus deras menyebabkan mangsa gagal bertahan lalu dihanyutkan,” katanya.

Artikel lain: Pencarian Lelaki Hanyut Di Pintasan Saloma, SAR Disambung Pagi Ini

Mangsa sempat keluar

lelaki hanyut

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan operasi SAR disambung hari ini selepas ditangguhkan 11 malam tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Operasi itu bermula di kawasan mangsa terakhir dilihat dan diperluas sehingga kawasan Selangor dengan menumpukan kepada pencarian di permukaan air.

Kejadian berlaku pada kira-kira 5.30 petang dan turut melibatkan 11 mangsa lain yang terperangkap di bawah jambatan, namun kesemua mereka berjaya diselamatkan oleh JBPM.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam keras penjualan arak di premis terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu. Menerusi hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd