Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Malaysia Tolak Bida Jadi Tuan Rumah Bersama Pada Piala Dunia 2034

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa menolak bidaan untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2034 sekali gus  menafikan khabar angin menerima pelawaan Indonesia dan Australia.

Tolak jadi tuan rumah Piala Dunia 2034

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan pihak mereka tidak berganjak dengan pendirian menyokong bidaan Arab Saudi untuk edisi ke-25 kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu.

“Saya nafikan dan Malaysia tidak akan membida. Kami memberi sokongan penuh kepada Arab Saudi,” kata Hamidin.

piala dunia 2034

Indonesia & Australia ajak Malaysia, Singapura bida Piala Dunia 2034

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir mendedahkan negara itu sedang berunding dengan Australia bagi menjadi tuan rumah bersama  dan akan melibatkan ­Malaysia serta Singapura.

Perbincangan itu diadakan selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) minggu lalu menjemput semua ahli gabungan dari Asia dan Oceania mengemukakan bidaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami sedang berbincang dengan Australia.” ujarnya.
“Ketika saya melawat Malaysia dan Singapura kedua-dua negara menyatakan minat untuk menyertai Indonesia dan Australia,” katanya menerusi Sydney Morning Herald.

piala dunia 2034

Artikel lain: Indonesia Dan Australia Pelawa Malaysia Anjur Piala Dunia Edisi 2034

Tambah Erick lagi, jika mereka dan Australia dapat bergabung dengan Malaysia serta Australia, mereka pasti dapat memenangi bidaan tersebut berbanding Arab Saudi.

Walau bagaimanapun, Datuk Hamidin Mohd. Amin baru sahaja menyatakan sokongan terhadap Arab Saudi berhubung bidaan Piala Dunia seterusnya selepas Sepanyol, Maghribi dan Portugal sebagai tuan rumah bersama Piala Dunia 2030.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohammad Rozaidi Zulkifli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd