Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Majikan Pekerja Penyelenggara Maut Kepala Tersepit Lif Berdepan Tindakan

Majikan kepada pekerja penyelenggara yang maut selepas kepala tersepit ketika sedang menyelenggara lif di sebuah kompleks belibelah di Jalan Burma, di sini Selasa lepas, bakal berdepan tindakan sekiranya berlaku pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang, Hairozie Asri berkata pihaknya telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian sebaik mendapat maklumat mengenainya.

Beliau berkata JKKP juga telah mengeluarkan notis arahan pemberhentian serta-merta ke atas kerja penyelenggaraan lif yang terlibat dengan kemalangan itu hingga siasatan selesai.

Majikan pekerja maut kepala tersepit lif berdepan tindakan

Sumber gambar: The Straits Times

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dua Saudara Bergaduh, Seorang Maut Dibunuh & Mayat Ditanam Belakang Rumah

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 15 AKKP  1994 yang menjurus kepada tanggungjawab majikan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjanya semasa aktiviti kerja dijalankan. 
“Majikan turut diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikkan serta  membuat pembentangan kes kepada jabatan,” katanya.

Hairozie berkata siasatan susulan akan dilakukan pihaknya dengan mendapatkan dokumen berkaitan serta merakam percakapan saksi, selain pemeriksaan lanjut ke atas sistem lif tersebut.

Menurutnya menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja selaras peruntukan di bawah Seksyen 15(1) AKKP 1994.

“Majikan yang mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja perlu membuat analisis  risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum sebarang aktiviti kerja dijalankan. 
“Ini bagi menghapus atau mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan orang awam serta mengelakkan berlakunya kemalangan semasa aktiviti kerja dijalankan,” katanya.

Beliau berkata  JKKP memandang serius setiap kemalangan dan penyakit pekerjaan berpunca daripada aktiviti pekerjaan di semua sektor dan komited untuk meningkatkan tahap keselamatan serta kesihatan pekerjaan di negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kejadian pada Selasa lepas  mangsa, R.Tinesh Kumar, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala seorang lagi pekerja penyelenggara berusia 53 tahun terselamat.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas cubaan melakukan persetubuhan haram, Cikgu Fadilah tampil membuat laporan polis selepas mendapati video  dirinya tersebar...

Sosial

Tular dengan kontroversi hubungan terlarang, pasangan yang digelar sebagai ‘Abang Wiring’ dan ‘Cikgu Fadilah’ akhirnya mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan melakukan zina di Mahkamah...

Lokal

Seorang guru sekolah dan lelaki dikenali sebagai ‘abang wiring’ mengaku bersalah atas kesalahan cuba melakukan zina, dalam satu prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka,...

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd