Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kontroversi Panggilan Telefon, Mahkamah Perlembagaan Thailand Gantung Tugas PM Paetongtarn

Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Selasa telah menggantung tugas Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra sementara menunggu keputusan kes yang mencabar kedudukannya sebagai pemimpin negara.

Tindakan ini diambil susulan penerimaan petisyen daripada 36 senator yang mendakwa Paetongtarn tidak bersikap jujur dan melakukan pelanggaran berkaitan sensitiviti etnik susulan tersebarnya rakaman perbualan telefon antara beliau dan bekas pemimpin berpengaruh Kemboja, Hun Sen.

Akibat insiden tersebut, tekanan terhadap Paetongtarn untuk berundur daripada memerintah semakin memuncak daripada rakyatnya sendiri.

Mahkamah Perlembagaan Thailand

Mahkamah Perlembagaan Thailand

Mana tidaknya, kebocoran rakaman perbualan itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai dan mendorong salah satu parti utama dalam gabungan pemerintah untuk menarik diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kini, kerajaan gabungan pimpinan Parti Pheu Thai berada di ambang kejatuhan yang secara tidak langsung membuatkan keadaan politik di Thailand menjadi tidak stabil.

Artikel lain: Iran Mohon Anwar Tegaskan Pendirian Negara Islam, Tidak Terpedaya Naratif Berat Sebelah

Paetongtarn digantung tugas

Tambahan pula negara tersebut sedang berusaha dalam memulihkan ekonominya serta mengelakkan risiko dikenakan tarif perdagangan oleh Presiden Donald Trump.

Dalam perkembangan berkaitan, Parti Bhumjaithai yang merupakan rakan gabungan terbesar Pheu Thai, mengumumkan pengunduran daripada kerajaan atas alasan mempertahankan kedaulatan, kepentingan rakyat dan wilayah negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd