Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Luna Maya Sedih & Kecewa Tak Ada Babak Cium Dengan Reza Rahadian

Aktres tersohor Indonesia, Luna Maya meluahkan rasa sedih apabila dirinya tidak berpeluang menjayakan babak bercium dengan aktor Reza Rahadian yang sememangnya terkenal aksi ciuman panas dalam beberapa filem dan drama bersiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut portal Celebrity, pemilik nama Luna Maya Sugeng itu turut meluahkan rasa cemburu terhadap pelakon Marissa Anita yang mempunyai babak cium bersama aktor kacak tersebut.

“Jujur, aku sedikit kecewa. Kerana aku tak ada adengan cium dalam filem Mendarat Darurat. Aku cemburu sama kamu, Marissa. Semua gandingan Reza ada babak cium, cuma aku sahaja tidak ada.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, aktres berusia 39 tahun itu meluahkan rasa bersyukur dan gembira apabila dapat bergandingan dengan Reza dalam sebuah filem memandangan ia merupakan salah satu impiannya bergelar anak seni.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita semua tahu bahawa Reza adalah satu yang terbaik di Indonesia. Jadi, aku lebih banyak gugup kerana pertama kali bertemu dengannya.”

Dalam pada itu, bekas kekasih Ariel Noah itu mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi kerana memberi peluang dan kesempatan buat dirinya bergandingan dengan aktor kegilaan ramai wanita di luar sana.

Sumber: Celebrity

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Spotlight

Pelakon aksi Thailand, Tony Jaa, dilaporkan sedang menjalani rawatan untuk kanser pundi hempedu selepas didiagnosis pada Jun 2024. Menurut laporan media Thailand, aktor itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd