Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lim Guan Eng Cadang Gaji Minimum Naik Kepada RM2,000 Pada Tahun 2030

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan supaya gaji minimum dinaikkan kepada RM2,000 pada 2030.

Menurut laporan Harian Metro, cadangan itu diambil kira bagi merealisasikan hasrat menaikkan upah bulanan median daripada RM2,600 kepada RM4,510 menjelang tahun 2030.

Bukan itu sahaja, usaha tersebut mampu memberi satu impak dimana mengangkat golongan B40 dan M40 malah dapat menghapuskan golongan miskin tegar.

Beliau turut mengesyorkan supaya siling dinaikkan dengan memotong cukai korporat kepada 20 peratus dan 15 peratus akan dikenakan untuk keuntungan bercukai pertama sebanyak RM1 juta bagi industri kecil dan sederhana (IKS).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selain itu, membersihkan proses pengambilan pekerja asing supaya menjadi telus secara dalam talian, levi pelbagai peringkat tanpa had tenaga kerja dengan levi lebih tinggi untuk bilangan pekerja asing melebihi 100 orang.
“Kerajaan harus menggalakkan industri menggunakan konsep ‘circular economy’ (ekonomi kitaran) yang bukan sahaja tidak membazirkan sumber mentah dalam pengeluaran produk tetapi juga menjaga alam sekitar.
“Industri yang mengamalkan konsep ‘circular economy’ harus diberikan tambahan insentif cukai serta potongan cukai korporat lima peratus lebih rendah daripada biasa, iaitu jika cukai korporat ialah 20 peratus, maka mereka hanya dikenakan 15 peratus sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) perlu diperhebatkan untuk menggalakkan lagi enguasaan teknologi baru, khususnya digital yang secara tidak langsung dapat memupuk semangat keusahawanan.

“Ini kerana, kejayaan negara maju turut berpandukan ‘entrepreneurial state’ dan bukan hanya berdasarkan penguasaan teknologi semata-mata.
“Tak guna anda mengeluarkan barangan yang paling baik sekiranya anda tidak pandai memasarkannya,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Muhammad Yusri Muzamir)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Lokal

Bedah siasat terhadap jenazah Zara Qairina Mahathir mendedahkan wujud kesan kecederaan pada tubuh kanak-kanak tersebut. Tubuh Zara Qairina ada kecederaan Foto: Kosmo! Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd