Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Lepas Isytihar Sokong Anwar, Ahli Parlimen Labuan Terima Peruntukan

Selepas seminggu isytihar sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Labuan dari Bersatu, Suhaili Abdul Rahman telah terima peruntukan kerajaan persekutuan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Suhaili di laman Facebooknya, dia memaklumkan telah hadir ke pejabat Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Wilayah Persekutuan untuk menguruskan peruntukan itu, kelmarin.

Ahli parlimen Labuan terima peruntukan

https://www.facebook.com/100011427001206/posts/pfbid022TETsWhtiwrqwDpQmRpdxCFXdKBtXwb3zA8DdTUZW9arDHJZaf2t8z756uXahi4al/?mibextid=cr9u03

Artikel lain: Anwar Ibrahim Beri ‘Lampu Hijau’ Pada SPRM Siasat Menteri, Pegawai Terpalit Isu Rasuah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, peruntukan yang diterima akan disalurkan terus ke pusat khidmatnya tidak lama lagi.

“Pagi ini 7 November 2023 saya ke pejabat ICU Wilayah menguruskan soal peruntukan ahli parlimen yang akan disalurkan ke akaun pusat khidmat rakyat ahli parlimen Labuan dalam tempoh terdekat .
“Terima kasih sekali lagi YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdana menteri Malaysia kerana berpegang tegus pada janji beliau,” ujarnya.

Bagaimanapun, dalam perkongsian yang lain, Suhaili turut mendedahkan dia telah dikenakan tindakan dimana telah digantung selama enam tahun oleh Jawatankuasa Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

https://www.facebook.com/100011427001206/posts/pfbid02cDv7ubWvsKyLTTFA9rWFk1dFZjVwSwsjts98Z6eL9gXYDzmUvXNFwozp5Syen6Sgl/?mibextid=cr9u03

Pun begitu, dia sudah menjangkakan perkara tersebut akan berlaku dan terbuka hati menerima keputusan tersebut tanpa membuat sebarang rayuan susulan sokongannya terhadap Perdana Menteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 30 Oktober lalu, Suhaili mengisytiharkan sokongan kepada Anwar walaupun Bersatu kekal bersama pembangkang.

Selain Suhaili, tiga lagi pemimpin turut mengistiharkan sokongan kepada Anwar sejak bulan lalu seperti Ahli Parlimen Bersatu  Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik.

Sumber: Facebook @Suhaili Abdul Rahman

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd