Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Perselisihan Faham Berakhir Tragedi, Lelaki Maut Ditikam Depan Rumah

Seorang lelaki berusia 28 tahun maut selepas ditikam di bahagian dada di hadapan rumah keluarganya di Taman Sri Pagi, di sini, pada petang Isnin.

Lelaki maut ditikam

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sekitar jam 7.28 malam oleh pegawai perubatan Hospital Tuanku Ja’afar.

lelaki

Foto: Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 6.50 petang memaklumkan insiden tersebut.

Artikel lain: Anak Jadi Tebusan, Bapa Nekad Tadah Kepala Halang Lelaki Vietnam

“Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek berusia 31 tahun terlibat dalam pertengkaran sebelum suspek bertindak menikam dada mangsa dengan pisau. Tikaman itu menyebabkan mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau memaklumkan, suspek berjaya diberkas dengan bantuan penduduk setempat, manakala senjata yang digunakan turut dirampas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
lelaki

Foto: Sinar Harian

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek direman sehingga 18 Ogos. Motif sebenar masih dalam siasatan. Kami menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu,” ujarnya.

Sementara itu, seorang penduduk berusia 66 tahun yang enggan dikenali berkata, dia tersentak selepas terdengar jeritan bapa mangsa sebelum bergegas keluar.

lelaki

Foto: Sinar Harian

“Masa itu jiran-jiran dah ramai keluar untuk melihat kejadian berlaku dan darah mengalir dari dada mangsa macam air paip.
“Suspek telah berjaya ditahan dan saya bersama penduduk membantu mengikat suspek dengan tali supaya dia tidak melarikan diri,” jelasnya.

Penduduk tersebut bagaimanapun tidak mengetahui punca sebenar kejadian.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Lokal

Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara dijangka berterusan sehingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera yang lebih kering serta...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Lokal

Trend menyewa kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah untuk pulang beraya semakin mendapat sambutan, apabila kebanyakan syarikat sewa kereta melaporkan semua unit mereka habis ditempah....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd