Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Lebih RM200 Juta Diperuntuk Untuk Penyenggaraan Jalan & Cerun Di Johor – KKR

Sejumlah RM293.7 juta telah diperuntukkan bagi negeri Johor tahun ini untuk kerja-kerja penyenggaraan jalan, cerun dan bangunan persekutuan, kata Kementerian Kerja Raya (KKR).

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, malah terdapat 11 projek diluluskan bagi negeri itu membabitkan kos sebanyak RM 2.14 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

KKR peruntuk RM293.7 juta bagi Johor

“Inilah kerjasama baik kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri yang dijalinkan demi memastikan keselamatan dan keselesaan rakyat Malaysia Madani dijaga sebaiknya,” katanya menerusi sebuah hantaran Facebook pada Isnin.

Sebelum itu, beliau menerima kunjungan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di ibu pejabat KKR di Kuala Lumpur bagi membincangkan isu infrastruktur demi kepentingan rakyat.

KKR peruntuk RM293.7 juta bagi Johor

KKR peruntuk RM293.7 juta bagi Johor

Nanta berkata, perkara berkaitan infrastruktur jalan persekutuan dan projek pembangunan di bawah KKR yang memberi manfaat kepada rakyat menjadi antara inti pati utama perbincangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semasa pertemuan tadi, saya turut menyatakan hasrat kepada Kerajaan Negeri Johor untuk memperluas pelaksanaan program MyJalan ke Negeri Darul Ta’zim ini.
“Ibarat langkah kanan, hajat kami disambut baik Menteri Besar Johor. Jadi untuk orang-orang Johor, nantikan MyJalan ke tempat anda,” ujarnya.

KKR peruntuk RM293.7 juta bagi Johor

Pada masa sama, beliau teringat akan kata-kata Onn Hafiz yang berbunyi “Nyawa orang. Kenapa mengambil masa hampir setahun untuk diselesaikan?” yang ditujukan kepada pihak bertanggungjawab bagi menyelenggara jalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Onn Hafiz berkata demikian ketika turut padang bagi melihat sendiri keadaan jalan di Tanjung Langsat, Pasir Gudang pada bulan lalu sebaik menerima aduan rakyat.

“Saya ingat sampai sekarang. Nyawa manusia tiada duanya, maka isu-isu berkaitan keselamatan pengguna jalan raya perlu menjadi keutamaan kita semua,” luah Nanta.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Sosial

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa ihsan dan kemanusiaan mengatasi...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd