Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lans Koperal Muhammad Alif Monjani Didakwa ‘Tamatkan’ Nyawa Nur Farah Kartini

Anggota polis berpangkat Lans Koperal, Muhammad Alif Monjani didakwa di Mahkamah Majistret Hulu Selangor hari ini atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah pada 10 Julai lalu.

Menurut laporan Astro Awani, lelaki berusia 26 tahun itu hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan namun tiada pengakuan dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, iaitu Majistret Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Foto: Media Sosial

“Tertuduh didakwa membunuh Nur Farah Kartini yang berusia 25 tahun dan merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
“Tertuduh yang telah berkahwin didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor antara jam 9 pagi pada 10 Julai hingga 6 petang, 15 Julai lalu.
“Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati atau dipenjara minimum 30 tahun atau minimum 12 sebatan,” tulis laporan tersebut.

Sementara itu, tertuduh diwakili peguam Aida Jaafar Mad Ariff dan Aida Nur Aida Md Zainuddin, manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron selain sebutan semula kes ditetapkan Mahkamah pada 30 Ogos ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: NSTP

Terdahulu, mayat mangsa dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang pada 15 Julai yang membawa kepada penahanan reman teman lelakinya, iaitu suspek bermula 16 Julai hingga 29 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perselisihan perhubungan dipercayai menjadi punca mangsa dibunuh.

Sumber: Astro Awani (Afiezy Azaman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd