Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PTPTN Hulur Bantuan Pelajar Asnaf Lanjutkan Pengajian Ke IPG

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus komited dalam membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan menerusi penganjuran Program Ziarah Kasih Simpan SSPN yang berlangsung di Taman Gasing, Jejawi, Perlis baru-baru ini.

Bantu pelajar asnaf lanjutkan pengajian ke IPG

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat membantu seorang pelajar asnaf, Ahmad Fadli Baharudin yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPG (Institut Pendidikan Guru) Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan.

“Kami amat berbesar hati dapat membantu saudara Ahmad Fadli dalam meneruskan pengajian. Ini membuktikan komitmen kami dalam menyokong pelajar yang berpotensi dan berbakat untuk terus maju dalam kehidupan.
“Menerusi Program Ziarah Kasih Simpan SSPN, PTPTN berpeluang bukan sahaja menyantuni keluarga kurang berkemampuan, malah turut membawa keceriaan kepada keluarga di samping memberi dorongan kepada pelajar agar terus tekun menimba ilmu.
“PTPTN juga berharap agar masyarakat lebih prihatin terhadap keperluan komuniti sekeliling dan pada masa yang sama mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak supaya lebih ramai keluarga dapat dibantu untuk menikmati akses pendidikan dan peluang yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengajian Ke IPG

Norliza (dua dari kanan) menyantuni penerima sumbangan dan ibunya semasa Program Ziarah Kasih Simpan SSPN.

Dalam program yang berlangsung pada 2 Ogos lalu itu, PTPTN menyalurkan sumbangan wakalah zakat berjumlah RM2,000 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime serta Kit Kasih PTPTN berupa barangan keperluan harian bagi meringankan beban keluarga Ahmad Fadli.

Ahmad Fadli yang memperoleh keputusan 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ini merupakan anak kepada ibu yang terlantar sakit dan tidak bekerja, manakala bapanya telah meninggal dunia. Namun begitu, semangatnya untuk terus berjaya tidak pernah luntur.

Artikel lanjut: Simpan SSPN Ringankan Beban, Waris Terima Manfaat Lebih RM100,000 – PTPTN

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid bersama barisan pengurusan PTPTN.

Sementara itu, PTPTN turut mengingatkan bahawa penabungan melalui Simpan SSPN memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat Malaysia termasuk pelepasan cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful, geran sepadan percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen kompetitif serta simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah.

“Sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), PTPTN menegaskan komitmen untuk meneruskan program-program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) khususnya dalam bidang pendidikan demi pembangunan anak bangsa, selari dengan moto “Peluang Kejayaan Anda” serta tagline ‘PTPTN Prihatin: Kami Kongsi, Kami Bantu’,” ujar PTPTN dalam kenyataan sama

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda tampil memohon maaf selepas didakwa memperlekeh guru, dengan mengatakan dirinya belum pernah melihat profesion tersebut menggunakan kereta mewah Lamborghini meskipun sering menekankan...

Lokal

Ketika ini sedang berlangsung musim istiadat konvokesyen di seluruh negara, iaitu saat yang dinanti-nantikan oleh ribuan graduan selepas bertahun-tahun berhempas pulas menamatkan pengajian. Namun,...

Lokal

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah...

Lokal

Pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN Anas Zul Amirul Sidi, terus menjadi perhatian apabila kisah rumah tangganya bersama bekas isteri, Suffi Sofea, terbongkar penuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd