Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Lama Menderita, Lagenda Bola Sepak Negara, Harun Jusoh Meninggal Dunia

Bekas tonggak bola sepak negara 1970-an, Harun Jusoh,75, dilaporkan meninggal dunia selepas dua tahun selepas bertarung nyawa sejak lima tahun lalu akibat radang sendi, lapor Harian Online.

Menurut laporan, Allahyarham Harun Jusoh menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Lorong Haji Da, Batu Buruk, Kuala Terengganu, kira-kira 4.26 petang tadi.

Difahamkan,  Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sultan Mahmud, Batu Buruk pada jam 9.30 malam tadi.

Harun Jusoh meninggal dunia

Artikel lain: Penyampai Berita, Raymond Goh Meninggal Dunia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih 100 sanak saudara dan kenalan Allahyarham termasuk bekas pemain kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim, Nasaruddin Yasin, Badrul Hisham Abdullah dan Anuar Jusoh turut hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Sementara itu, anak ketiga Allahyarham, Firdaus, 40, berkata, tahap kesihatan bapanya merosot sejak tiga hari lalu.

Ujarnya, bapanya masih bercakap pada pagi tadi, walaupun sejak tiga hari lalu hanya bergantung kepada susu.

“Bapa tidak pesan apa-apa. Bagaimanapun pada sebelah petang tahap kesihatan bapa semakin merosot sebelum menghembuskan nafas terakhir, kami reda dengan pemergian bapa tercinta,” katanya.

Harun Jusoh meninggal dunia

Allahyarham pernah beraksi bersama pemain kebangsaan termasuk Allahyarham Mokhtar Dahari, Ali Bakar, Abdullah Ali, Datuk Soh Chin Aun, R. Arumugan, Datuk Santokh Singh dan Shukor Salleh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, Allahyarham pernah mewakili negara dalam temasya Sukan Sea Rangoon, Myanmar 1969, Sukan Asia Tehran 1974 (raih gangsa) dan Sukan Olimpik Moscow 1980 sebelum Malaysia menarik diri.

Beliau juga pernah membantu skuad negara mengalahkan Arsenal 2-0 pada 1975.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Sharifah Azizah Syed Omar, 71, dan empat orang anak.

Sumber: Harian Metro (Malik Muhamad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seramai 21 daripada 33 penyokong Selangor FC yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung insiden berarak dan membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd