Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lagu ‘Apa Sih’ Nyanyian Radja Ditarik Dari Spotify Kerana Isu Plagiat

Lagu berjudul ‘Apa Sih’ nyanyian kumpulan popular Indonesia, Radja ditarik semula di platform penstriman muzik Spotify.

Apa Sih

Foto: YouTube Radja Band

Menurut satu perkongsian di laman X Indonesian Pop Base, lagu tersebut dilaporkan telah dikesan memplagiat lagu popular terkini ‘APT’ nyanyian ahli kumpulan BLACKPINK Rose yang menampilkan Bruno Mars.

Sejak awal penerbitannya, lagu tersebut telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pendengar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Persamaan rentak dan nada yang digunakan dianggap terlalu jelas meniru, sehingga mengundang kritikan hebat di media sosial.

Foto: Indonesian Pop Base

Ian Kasela dan rakan-rakan tidak menafikan bahawa lagu ‘APT’ menjadi inspirasi mereka dalam menghasilkan lagu ‘Apa Sih’

Mereka malah menganggap biasa sikap ‘meniru’ yang mereka terapkan dalam single yang dibintangi oleh Vadel Badjideh itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Lagu Adele, Million Years Ago Ditarik Balik Daripada Platform Seluruh Dunia

Berdasarkan pemerhatian VOI pada 30 Disember, lagu ‘Apa Sih’ masih boleh dijumpai di Spotify, namun tidak dapat dimainkan.

Terdapat kemungkinan besar terdapat tuntutan hak cipta daripada pihak label atau penerbit lagu ‘APT’ yang masih tular di mana-mana.

Sumber: X Indonesian Pop Base, VOI

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.” Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya...

Sukan

Tang Jie- Ee Wei akui kesilapan sendiri punca mereka tersungkur di tangan pihak lawan. Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei,...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd