Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Lagi Kes Tangan Melayang! Guard Ditampar Pemandu Di Pondok Keselamatan

Tular satu rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pengawal keselamatan atau guard ditampar seorang pemandu lelaki yang dipercayai berang di sebuah pondok keselamatan.

Menerusi video berdurasi hampir satu minit itu, sebuah kenderaan berwarna hitam kelihatan gagal melepasi palang automatik dimana pada awalnya, penumpang hadapan seolah-olah sedang bertengkar dengan guard tersebut sebelum masuk semula ke dalam kereta.

Guard ditampar pemandu

Beberapa saat kemudian, pemandu pula keluar dari kenderaan sebelum bertindak menampar guard berkenaan sekali gus menyebabkan lelaki berseragam putih terbabit segera mengambil telefon bimbit miliknya dari pondok keselamatan.

Walau bagaimanapun, rakaman itu tidak disertakan bersama audio sekali gus tidak dapat dipastikan perbualan yang terjadi antara kedua-dua pihak selain hari, waktu serta lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rakaman CCTV itu dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial, ShamaaKoussa di laman X sehingga dikongsi semula sebanyak 2,200 kali dan mendapat 3,500 tanda suka.

“Bulan puasa ❌ bulan tampar ✅ Kesian abang guard, buat kerja dia je tapi ditampar. Apa masalah mereka ni? kenapa makin menjadi ni?
“Kalau perselisihan(faham) pun, bukan sebab nak tampar orang lain… abang guard tu tak mengancam pun,” tulisnya pada Khamis.

Susulan itu, rata-rata warganet mengecam pelaku yang sanggup melakukan perbuatan demikian selain memuji tindakan profesional guard berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Artikel lain: Polis Kesan Suami Tampar Isteri Menerusi ‘Live’ Media Sosial

Banyak pula kes tampar

guard ditampar

Naikkan gaji dia!

guard ditampar

Namun pada masa sama, terdapat juga warganet menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelaku yang seolah-olah sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Harap pelaku diambil tindakan!

guard ditampar

guard ditampar

Dalam tempoh seminggu ini, media melaporkan beberapa siri kejadian tumbuk dan tampar menerusi video tular di media sosial sehingga mengundang kekecohan dalam kalangan netizen.

Sumber: X ShamaaKoussa

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial seorang lelaki bukan Islam meluahkan rasa kesal selepas dia dikasari oleh seorang individu kerana makan di tempat awam pada bulan...

Lokal

Pasangan suami isteri baru 3 bulan kahwin meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 128.3, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) pada Sabtu. Memetik laporan Sinar Harian,...

Lokal

Seorang  lelaki berjubah disyaki mengasari pelajar sekolah sehingga mengalami kecederaan susulan salah faham kecil di persimpangan jalan. Perkara tersebut tular apabila seorang pengguna Facebook...

Sosial

Tindakan berani murid mengadu terus ke PMX berkaitan tandas di sekolahnya telah mencuri perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas mendengar repon daripada Datuk Seri Anwar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd