Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Demi Kesihatan Awam! Selangor Tutup Lebih 80 Ladang Khinzir Di Tanjung Sepat -Exco

Kerajaan Negeri Selangor kini giat melaksanakan pengosongan ladang  khinzir, dengan hanya lebih 30 ladang masih beroperasi di Kuala Langat berbanding 115 yang dilaporkan sebelum ini, sebagai langkah penambahbaikan pengurusan penternakan.

ladang khinzir

Sekadar gambar hiasan

Usaha pastikan ladang khinzir diurus teratur

Memetik laporan daripada Bernama, exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Datuk Izham Hashim menyatakan usaha ini bertujuan memastikan ladang khinzir diurus secara lebih teratur, mampan serta selaras dengan aspek kesihatan awam dan alam sekitar.

“Dalam (mesyuarat) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), saya telah membentangkan cadangan penambahbaikan dan semua pihak bersetuju.
“Saya juga akan mengadakan satu lagi dialog selepas ini dengan masyarakat serta persatuan-persatuan Cina untuk memberikan kefahaman.
“Kita mahu uruskan industri ini dengan lebih baik demi kepentingan semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Pemegang Saham antara TNB Engineering Corporation Sdn Bhd (TNEC) dan PKNS FM Integrated Sdn Bhd (PFMI) di Wisma MBSA, Shah Alam.

Dasar pengurusan ladang khinzir sudah dimaklumkan kepada pengusaha

Izham menegaskan bahawa kerajaan negeri telah memaklumkan dasar pengurusan ladang khinzir kepada pengusaha dan menekankan bahawa aktiviti penternakan tidak boleh diteruskan di lokasi tertentu, namun tempoh munasabah untuk pengosongan dan pemindahan ladang secara berperingkat telah diberikan.

Beliau juga menekankan bahawa isu penyakit ternakan di negeri ini setakat ini hanya melibatkan Demam Babi Afrika (ASF) yang tidak berjangkit kepada manusia dan bukannya Virus Nipah.

Artikel lain: Tiada Satu Pun Ladang Ternakan Khinzir Di Terengganu Walaupun Ada Orang Makan – Dr Azman Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, kerajaan negeri menyasarkan peningkatan hasil padi sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan tan bagi satu hektar tanaman melalui pendekatan baharu berimpak tinggi dan pengurusan sawah berskala besar.

Izham berkata kerajaan merancang perbincangan dengan kementerian berkaitan serta syarikat swasta untuk menggalakkan penglibatan sektor korporat dalam pengurusan sawah, sambil menyusun semula sebahagian subsidi padi bernilai RM1.28 bilion sebagai insentif kepada syarikat yang bekerjasama dengan pesawah.

Sumber: Bernama 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Lokal

Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal ditahan bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd