Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Sanusi Bangga! Kedah Catat Kutipan Hasil Tertinggi RM826 Juta Dalam Tempoh 25 Tahun

Kerajaan Negeri Kedah mencatatkan rekod kutipan hasil tertinggi dalam tempoh 25 tahun dengan nilai sebanyak RM816 juta.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pencapaian ini melepasi sasaran ditetapkan iaitu 103 peratus, sekali gus mengatasi kutipan hasil bagi tahun 2025 dengan jumlah RM790 juta.

Kutipan hasil tertinggi

“Lebih membanggakan, pencapaian kutipan hasil 100 peratus ini telah berjaya direalisasikan selama dua tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2024 dan 2025.
“Saya berharap agar kejayaan ini dapat dicapai lagi pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat 2026 sempena Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kedah, di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali dan Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Syed Khairol Anwar Syed Abidin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, beliau berkata aliran peningkatan hasil negeri menunjukkan trend yang semakin memberangsangkan dari tahun ke tahun.

Artikel lain: AirBorneo Kendali Semua Perkhidmatan MASwings Bermula Januari Depan

Kutipan hasil tertinggi

“Pada tahun 2023, jumlah hasil dikutip ialah sebanyak RM629 juta, meningkat kepada RM769 juta pada tahun 2024, dan seterusnya mencapai RM816 juta pada tahun 2025,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sanusi berkata kerajaan negeri turut mencatatkan lebihan atau surplus sebanyak RM48 juta hasil perbandingan antara kutipan hasil dan perbelanjaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), Syarikat Air Darul Aman (SADA), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) serta agensi lain yang menyumbang secara signifikan kepada hasil negeri melalui pulangan keuntungan untuk manfaat rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini membuktikan komitmen dan kesungguhan seluruh jentera pentadbiran negeri dalam melaksanakan serta menjayakan dasar kerajaan demi kesejahteraan rakyat,” ucapnya.

Sumber: Facebook @Urus Setia Penerangan Darul Aman – UPDA 

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Lokal

Kejadian mengejutkan menggemparkan penduduk Lorong Cherating Damai, Kuantan apabila lima sekeluarga ditemui tak bernyawa di dalam sebuah rumah pagi tadi, dipercayai mempunyai unsur jenayah....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd