Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPWKM Tekad Bangun Masyarakat Melalui Pengukuhan Institusi Keluarga

Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK) 2023 merupakan platform penting bagi menghargai kepentingan institusi keluarga sebagai asas cerminan kepada masyarakat yang stabil dan sejahtera.

“Keluarga Harmoni, Negara MADANI”

Tema Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan Tahun 2023 kali ini ialah  “Keluarga Harmoni, Negara MADANI” dan sememangnya sinonim serta seiring dengan modenisasi dalam kehidupan masyarakat masa kini.

Kredit foto: FB LPPKN

Perdana Menteri rasmikan Bulan Keluarga kebangsaan

Difahamkan, BKK turut disambut di setiap negeri sepanjang November sebagai tanda sokongan dan kerjasama strategik rentas agensi, jabatan dan kementerian dalam memartabatkan institusi keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh sebab itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kesudian beliau untuk merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan BKK tahun ini di Dataran Putrajaya pada 4 November 2023.

Kredit foto: FB LPPKN

KPWKM terus perkukuh institusi keluarga melalui Bulan Keluarga Kebangsaan.

Jadi, bersempena sambutan BKK 2023, Anugerah Khas Kasih MADANI telah diperkenalkan kepada majikan yang melaksanakan amalan dan polisi mesra keluarga di agensi dan syarikat masing-masing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anugerah ini bertujuan mengiktiraf amalan baik majikan yang memberi sokongan kepada usaha Kerajaan bagi membantu rakyat dalam mengimbangi kerja dan keluarga (work life balance).

Kredit foto: FB LPPKN

Pelbagai aktiviti dijalankan

Ia turut diwarnai dengan pengisian beberapa aktiviti bersama keluarga seperti Zumba Keluarga dan Family Fun Walk sepanjang (lima) 5 kilometer sekitar Putrajaya.

Selain itu, sambutan turut dimeriahkan melalui Ekspo KASIH MADANI, 45 buah khemah pempamer, 180 buah reruai dan 8 unit bergerak termasuk gerai Jualan RAHMAH serta aktiviti Mini Karnival Kasih MADANI yang berlangsung sehingga Ahad, 5 November 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit foto: FB LPPKN

Pelaksanaan Kempen KASIH MADANI: Keluarga Harmoni, Negara MADANI adalah cerminan usaha KPWKM dalam memperkasa institusi keluarga sebagai tulang belakang dalam membentuk Malaysia MADANI yang progresif.

Susulan daripada itu, pihak KPWKM sangat mendokong konsep KASIH MADANI dalam menerapkan sifat penyayang di dalam institusi keluarga yang terdiri daripada kepelbagaian generasi sebagai asas pembentukan negara yang sejahtera.

KPWKM juga komited memberi perhatian kepada aspek institusi kekeluargaan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memberi tumpuan tentang perkara asas, iaitu kesejahteraan keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial wajah Edward Wong, pelajar cemerlang STPM, yang sebelum ini menarik perhatian netizen selepas meluahkan kekecewaan kerana gagal mendapatkan kursus perakaunan...

Lokal

Hasrat seorang lelaki mengekori ambulans yang membawa neneknya ke hospital bertukar tragedi apabila kereta Perodua Bezza dipandunya melanggar lampu isyarat merah sebelum terbabit dalam...

Sosial

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan memanggil rakan sejenisnya dengan gelaran mesra seperti “sayang” dan “isteri”. Tular panggil rakan...

Sosial

Kerja di lapangan terbang memang penuh dengan cabaran. Setiap hari petugas keselamatan terpaksa berdepan dengan ribuan penumpang yang pelbagai ragam. Penumpang VIP siram air...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd