Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPWKM Mahu Gangguan Seksual Dihapuskan, Tingkat Kempen Kesedaran

Kerajaan MAHU mengekalkan kesejahteraan masyarakat disamping menghapuskan budaya gangguan seksual dalam masyarakat menerusi Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840].

Menerusi satu kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), akta itu telah digubal sebagai satu manifestasi penting Kerajaan bahawa kesalahan gangguan seksual merupakan satu pelanggaran kepada hak asasi manusia.

“Ia menunjukkan kerajaan prihatin dan serius dalam menangani isu gangguan seksual bagi memartabatkan peradaban dan ketamadunan rakyat Malaysia,” tulis kenyataan tersebut hari ini.

Sebagai kesinambungan kepada Jerayawara KASIH KPWKM @advokasi, menterinya Datuk Seri Hajah Nancy Shukri telah merasmikan majlis pelancaran Program Usahasama Strategik @Advokasi Antigangguan Seksual Bersama Express Rail Link Sdn.Bhd di Balai Perlepasan KLIA Ekspres, KL Sentral hari ini.

Tambah KPWKM, pihaknya juga menyambut baik inisiatif Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk menyediakan koc wanita dalam perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semua pihak perlu memandang serius terhadap isu ini dan memainkan peranan masing-masing dalam membanteras gejala gangguan seksual.
“Usaha pencegahan dan kesedaran mengenai gangguan seksual bukanlah tanggungjawab Kerajaan atau pihak berkuasa semata-mata.
“Namun ia adalah tanggungjawab yang perlu dipikul bersama oleh semua pihak agar kita dapat mewujudkan ekosistem dan persekitaran yang selamat serta kondusif,” tambahnya.

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut adalah Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu; Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr. Maziah Che Yusoff; Ketua Pegawai Eksekutif, ERL Sdn Bhd, Puan Noormah Mohd Noor; Pengurus Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia ERL Sdn Mhd, Suriani Farisa Md Isa dan pegawai-pegawai kanan Kementerian.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Nasional

Barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran lebih peka terhadap sebarang perubahan tingkah laku, tekanan emosi dan gejala kemurungan dalam kalangan warga pasukan. Menurut...

Lokal

Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia maut selepas disengat obor-obor ketika mandi di Pantai Cenang, Langkawi pada Sabtu lalu. Memetik laporan daripada Harian Metro, mangsa,...

Sosial

Anak kepada pelakon Fazren Rafi menjadi perhatian warganet apabila gelagatnya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan mata pelajaran sains. Menerusi perkongsian di Threads, Fazren...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd