Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Konsert Coldplay Perlu Dibatalkan, Hormat Sensitiviti Isu Palestin! – MUIS

Majlis Ulama ISMA (MUIS) berpendapat konsert Coldplay yang bakal dianjurkan pada minggu depan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur perlu dibatalkan untuk menjaga sensitiviti yang berlaku di Palestin.

Pengerusi MUIS, Datuk Haji Zamri Hashim memaklumkan penganjuran konsert daripada kumpulan yang menyokong LGBT tersebut tidak menghormati konflik yang berlaku di Gaza yang telah meragut ribuan nyawa umat Islam.

Konsert Coldplay perlu dibatalkan

Artikel lain: Ekoran Permintaan Tinggi, Konsert Coldplay Mungkin Ditambah Sehari Lagi

Bukan itu sahaja, MUIS turut menyeru kepada semua umat Islam supaya tidak terlibat dengan penganjuran konsert tersebut kerana ia boleh mengundang kepada kelalaian terhadap apa yang berlaku di Palestin pada ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penganjuran konsert yang dibawa khas daripada luar ini, apatah lagi terpalit dengan tohmahan menyokong arus songsang LGBT, pada waktu peperangan yang sedang berlaku di Gaza, yang telah meragut ribuan nyawa umat Islam, adalah sangat bertentangan dengan nilai agama dan persaudaraan sesama Islam.
“MUIS meminta agar semua umat Islam tidak terlibat dengan penganjuran konsert ini, dan MUIS mengingatkan bahawa kelalaian mereka terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin adalah suatu dosa pengabaian yang akan dipersoalkan kelak,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Malah, MUIS juga meminta kepada pihak yang terlibat untuk membatalkan konsert tersebut demi menjaga sensitiviti masyarakat sekeliling terutamanya rakyat Palestin yang sedang bertarung mempertahankan tanah air mereka.
“MUIS meminta agar pihak berwajib membatalkan konsert ini, bagi menghormati perasaan kesedihan dan simpati terhadap saudara kita di Palestin yang sedang dibom dan diserang, hingga melibatkan lebih 11 ribu nyawa yang terkorban.
“MUIS menggesa semua pihak agar tidak berlepas diri daripada tanggungjawab membantu dan menolong saudara seislam di Palestin, melalui semua aspek terutamanya doa, sumbangan dan sebaran keprihatinan kepada seluruh masyarakat,” katanya lagi.

Sumber: Facebook @Jabatan Mufti Negeri Perak

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks naik kepada 135.7 berbanding 133.6 pada bulan sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan...

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd