Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KKR Peruntuk RM50 Juta Selenggara Laluan Persekutuan

Kementerian Kerja Raya (KKR) komited selenggara Laluan Persekutuan di sekitar Pelabuhan Klang bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan selamat dan selesa kepada semua pengguna jalan raya.

KKR berkata, sebanyak RM16, 349, 100 diperuntukkan bagi Program Penyenggaraan Berkala Pavemen, Berkala Bukan Pavemen, Jambatan dan Penyenggaraan Lampu Jalan & Lampu Isyarat di Jalan Persekutuan Daerah Klang, Selangor untuk tahun ini.

Selenggara laluan Persekutuan

Foto: Malaysia Gazette

“Untuk tahun hadapan, KKR bersama Kementerian Pengangkutan akan memberi fokus kepada peruntukan yang bakal disalurkan iaitu sebanyak RM50 juta secara Geran Padanan bagi menyenggara laluan-laluan yang sering digunakan oleh kenderaan berat di sekitar jalan Pelabuhan Klang.
“Senarai lokasi ini perlu disemak dengan teliti supaya ia mengambil kira kaedah rawatan yang sesuai bagi menampung beban kenderaan berat yang banyak di kawasan Pelabuhan Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel lain: Lepas Isytihar Sokong Anwar, Ahli Parlimen Labuan Terima Peruntukan

Dalam pada itu, senarai lokasi jalan-jalan tersebut perlu disemak dengan teliti supaya ia mengambil kira kaedah rawatan yang sesuai bagi menampung beban kenderaan berat yang banyak di kawasan Pelabuhan Klang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Menteri KKR Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah mengadakan tinjauan ke daerah Klang bagi melihat sendiri lokasi-lokasi aduan dan kemalangan di laluan-laluan Persekutuan Daerah Klang, Selangor.

Foto: Malaysia Gazette

Di samping itu, beliau turut meninjau lokasi kemalangan yang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Laluan Persekutuan FT3217, Jalan Industri Meru Seksyen 9.3 Daerah Klang, Selangor pada 18 November 2023 yang lalu.

Pada masa yang sama, bagi memastikan infrastruktur awam disenggara dengan baik dan selamat, KKR telah menyediakan aplikasi MyJalan KKR agar orang ramai boleh membuat aduan berkaitan kerosakan jalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aplikasi ini bertujuan meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh kerosakan jalan.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Nasional

Barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran lebih peka terhadap sebarang perubahan tingkah laku, tekanan emosi dan gejala kemurungan dalam kalangan warga pasukan. Menurut...

Lokal

Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia maut selepas disengat obor-obor ketika mandi di Pantai Cenang, Langkawi pada Sabtu lalu. Memetik laporan daripada Harian Metro, mangsa,...

Sosial

Anak kepada pelakon Fazren Rafi menjadi perhatian warganet apabila gelagatnya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan mata pelajaran sains. Menerusi perkongsian di Threads, Fazren...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd