Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Kita Bukan Nak Popular, Bukan Nak Jadi Artis Atau Takut Hilang Follower” -Ayob Khan

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mengeluarkan kenyataan nasihat menegaskan bahawa pihak polis sama sekali tidak mengejar kepopularan tetapi tegas, ikhlas dan profesional dalam menjalankan tugas.

“Kita bukan nak jadi popular, bukan nak jadi artis atau takut kehilangan follower FB, IG, TikTok. Terus tegas, ikhlas dan profesional dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita,” ujarnya.

ayob khan

Ayob Khan mungkin dikritik & ditohmah

Memetik laporan dari Harian Metro, Ayob Khan yang berucap sempena Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara September 2023 anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mungkin akan dikritik dan ditohmah atas dakwaan tidak menjalankan tugas secara profesional atau siasatan serta tangkapan ‘terpilih’ dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menguatkuasa undang-undang, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sudah menjadi satu budaya di Malaysia apabila PDRM dan lain-lain agensi penguatkuasaan menjalankan siasatan dan tangkapan ke atas sesuatu pihak, kita akan dituduh dan ditohmah.
“Tindakan diambil ke atas pihak A, mereka akan mengkritik kita. Pihak B pula akan memuji kita. Sebaliknya, sekiranya tindakan diambil ke atas pihak B, pihak A akan memuji kita,” katanya.

ayob khan

Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan sebagai agensi penguatkuasa yang terulung, pihak PDRM tidak perlu takut, gusar atau bimbang berkaitan hal itu.

“Selagi kita mengikut undang-undang, Prosedur Operasi Standard (SOP) dan ikhlas dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab kita ‘without fear or favour’, kita tidak perlu bimbang,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd