Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Zayn Rayyan: Mahu Keadilan Untuk Cucu, Anak Dan Menantu – Zahari

Datuk kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan menegaskan mahu tuntut keadilan ke atas arwah cucu yang meninggal dunia, anak lelaki serta menantu perempuannya yang kini sedang dalam tahanan reman polis.

Menurut satu laporan Harian Metro, Zahari Mohd Reba, 56, yang juga bapa kepada suspek menegaskan bahawa sepanjang siasatan dan pencarian Zayn Rayyan dilakukan, anak lelakinya itu sentiasa berada bersamanya.

Foto: Utusan

“Saya mahu keadilan. Keadilan untuk Zayn Rayyan cucu saya dan untuk anak serta menantu. Pada masa kejadian (dan pencarian), dia (anak lelaki) berada dengan saya,” katanya.

Zahari berkata, dia percaya pihak polis membuat siasatan dengan telus dan adil selain memberitahu isu peguam Mahmud Abdul Jumaat yang menarik diri adalah salah faham.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya balik rumah, Isnin saya berjumpa dengan Mahmud Jumaat, sebenarnya tiada surat rasmi untuk lantik beliau sebagai peguam.

Foto: Astro Awani

“Jadi saya berjumpa dengan Fahmi (peguam Fahmi Abd Moin) dan beliau adalah peguam rasmi yang saya lantik. Sebenarnya salah faham kedua-dua pihak mungkin antara pihak media dan Mahmud. Tidak timbul soal menarik diri, ini salah faham,” ujarnya.

Sementara itu, isterinya, ibu kepada suspek lelaki yang enggan dikenali berharap supaya siasatan polis terhadap anak dan menantunya dijalankan dengan penuh adil untuk kebaikan semua pihak.

“Sekarang kita nak fokus keadilan untuk Zayn, mereka memang ibu bapa yang sangat baik,” katanya.

Sebelum ini, peguam baharu kepada pasangan itu, Fahmi Abd Moin mengesahkan perintah reman baharu yang dikeluarkan Majistret Ainaa Muhamad Kamal ke atas mereka dan akan tamat pada Rabu depan.

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, berlaku sedikit kekecohan ketika bapa Zayn Rayyan menjerit “Ini semua fitnah” yang diikuti dengan laungan “Isma, Zaim strong” oleh ahli keluarga apabila pasangan berusia 28 tersebut tiba di mahkamah pagi tadi.

Malah, ahli keluarga juga berkumpul sambil memegang kain rentang yang bertuliskan ‘Justice for Zaim dan Isma’ di pekarangan mahkamah di Petaling Jaya.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Sosial

Seorang pemuda tampil menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Jumaat dengan mendakwa dirinya anak kepada wanita dikerat, sambil menceritakan semula hubungan ibunya dengan...

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Lokal

Seorang wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok, Indonesia sejak 18 tahun lalu akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air pada Sabtu, selepas sekian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd