Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerja Pembinaan LRT Pulau Pinang Bermula Januari 2026, Tak Boleh Ditangguhkan

Kerja-kerja pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dijadualkan bermula Januari 2026 akan diteruskan seperti dirancang termasuk sepanjang tempoh perayaan Tahun Baharu Cina pada Februari dan sambutan Aidilfitri pada Mac.

Menurut laporan Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata kerja pembinaan tidak dapat ditangguhkan dengan mengambil kira jadual pembinaan yang sangat padat bagi menyiapkan projek pada Disember 2031.

Kerja pembinaan LRT Pulau Pinang

Kerja pembinaan LRT Pulau Pinang

“Selain itu, sebarang kelewatan dalam mencapai sasaran penyiapan kerja juga akan mencetuskan klausa denda seperti termaktub dalam kontrak.
“Bagaimanapun, pelaksanaan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) pada musim perayaan akan disusun agar tidak menjejaskan kelancaran lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya dalam menghadapi peningkatan trafik,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Air Putih) berhubung jangkaan kos LRT Pulau Pinang, tempoh kerja bermula serta sama ada kerja pembinaan ditangguhkan sehingga selepas Aidilfitri.

Zairil memaklumkan kontraktor Pakej Sivil Utama 1 (CMC1) SRS Consortium Sdn Bhd (SRS) telah mengenal pasti tiga lokasi hotspot yang akan lebih terjejas akibat pembinaan projek LRT iaitu Jalan Magazine, persimpangan di hadapan Sunny Point di Batu Uban, dan Jalan Sultan Azlan Shah di Kawasan Perindustrian Bebas (FIZ) Bayan Lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRTC) telah disyaratkan melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk menyediakan MP bagi setiap lokasi stesen bermula dari George Town hingga Permatang Damar Laut supaya langkah mitigasi dapat dianalisis dan dilaksanakan dengan lebih terperinci.

Menurut beliau, TMP terperinci yang disediakan oleh MRTC telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan pada 14 Okt lepas dan ia sedang dilaksanakan secara berperingkat mengikut lokasi untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas yang tidak dapat dielakkan akibat aktiviti pembinaan di jalan terlibat.

Artikel lain: Sokongan Keluarga, Komuniti Penting Dalam Ekosistem Pertahanan Negara

Kerja pembinaan LRT Pulau Pinang

“Langkah-langkah mitigasi akan dilaksanakan oleh pihak MRTC untuk meminimumkan impak terhadap trafik sedia ada, memastikan pergerakan kenderaan kekal lancar dan meningkatkan kecekapan aliran trafik di kawasan-kawasan utama sepanjang tempoh pembinaan LRT Laluan Mutiara.
“Pihak MRTC juga akan menyediakan laluan alternatif dan pengalihan trafik yang akan diurus sebagai sebahagian daripada TMP yang diluluskan serta TMP ini juga akan disemak semula dan ditambah baik secara bulanan bagi perancangan masa depan,” katanya.

LRT Laluan Mutiara yang melibatkan pembinaan laluan sepanjang 29.5 kilometer dengan 21 stesen strategik, direka untuk meningkatkan keterhubungan antara Pulau Pinang dan tanah besar sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya serta menambah baik ketercapaian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelan jajaran utama merangkumi laluan dari Pulau Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR-A) ke Penang Sentral dan Stesen Komtar di Georgetown dengan perkhidmatan tren dijadualkan bergerak secara bergilir di sepanjang laluan.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Lokal

Tular di media sosial apabila seorang suami terkejut mendakwa terpaksa berkongsi kasih dengan lelaki lain apabila mengetahui dirinya telah dimadukan. Kejadian yang berlaku di...

Sosial

Seorang wanita tidak menyangka suami yang pernah menyambut kelahiran enam daripada tujuh orang anak mereka sendiri tergamak berlaku curang dan mengkhianati kepercayaan yang diberi....

Sosial

Cikgu E atau nama sebenarnya, Nassry Mardee Bin Ismail dikhabarkan telah meninggal dunia sebentar tadi. Telah menghembuskan nafas terakhir Perkara itu dinyatakan menerusi akaun...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd