Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kerap Tayang Kekasih ‘Berbaju Celoreng’, Rupanya Bakal Suami Tentera Palsu

Seorang wanita telah meluahkan rasa kecewa apabila menjadi mangsa penipuan kekasihnya selepas gambar pre wedding mereka tular di media sosial.

Kejadian di Indonesia itu memperlihatkan impian wanita terbabit yang ingin menikahi seorang anggota Angkatan Tentera Indonesia (TNI) di unit Tentera Udara (AU) musnah kerana lelaki itu bukanlah seorang tentera.

Pre Wedding buat kantoi

Memetik laporan dari Merdeka, wanita itu telah memuat naik gambar pre wedding mereka dengan lelaki terbabit yang dikenali sebagai Maulana Saepul memakai pakaian tentera palsu.

Dikhabarkan, dia juga mengakui bahawa dirinya mempunyai pangkat Sersan Dua yang bertugas di Lanud Sulaiman Bandung.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@akunviral4

Membalas @ayu.aprili udah mimpi tingggi bgt keknya 😅😅🙃🙃😂😂 #tniaugadungan #TNIAUlanudsulaimangadungan

♬ Angin Kencang – Noh Salleh

Rupanya bukan tentera

Penyamarannya terbongkar apabila video pre wedding mereka tular dan ada anggota Tentera Udara mengatakan tidak mengenalinya walaupun bertugas di kem yang dimaksudkan.

Susulan daripada itu, identiti lelaki terbabit terbongkar dan Kepala Dinas Penerangan TNI AU (Kadispenau) Marsma Indan Gilang Buldansyah mengatakan yang Maulana hanyalah masyarakat biasa dan bukan anggota TNI.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Iya (masyarakat sipil), bukan anggota TNI AU. Untuk personel TNI AU tidak ada yang bernama Serda Saepul,” ujar 
“Nama sesuai identitas Maulana Saepul Dasuki. Domisili di Desa Nagrak, Kecamatan Cangkuang, Kabupaten Bandung,“katanya.
@akunviral4

Membalas @anandaiyem tinggal nunggu tunangan, pengajuan kantor ,, n KUA,, sayangnya impian jadi Ibu PIA gagal 🥲😭 #tniaugadungan #TNIAUlanudsulaimangadungan

♬ Sempurna – DENII

Difahamkan, sehingga kini, individu terbabit tidak dapat dikesan dan menghilangkan diri selepas identitinya terbongkar.

Sebelum ini, kekasih kepada tentera palsu itu pernah meluahkan kisah cintanya yang kandas dan kali ini terpaksa melalui perkara yang sama sekali lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok akuviral4, Merdeka, urbandepok.com

 

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd