Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerajaan Pertimbang Cadangan Salur Subsidi Menerusi Pindahan Tunai

Kerajaan pertimbang cadangan pemberian subsidi menerusi pindahan tunai kepada rakyat bagi mengelak berlakunya ketirisan.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan pemberian itu tidak akan diberikan kepada semua perkara namun, hanya beberapa urusan terpilih sahaja.

Kerajaan pertimbang cadangan subsidi

Kerajaan pertimbang cadangan subsidi

Artikel lain: Demi Imbangi ‘Poket Rakyat’, KPDN Laksana Program Subsidi Bersasar Bermula 2024

Bukan itu sahaja, pendekatan tersebut bagi memastikan golongan yang selayaknya menikmati subsidi yang diberikan oleh kerajaan dan bukan warga asing.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pendekatan sama ada secara langsung (pemberian subsidi) kepada rakyat melalui pindahan tunai, memang difikirkan dalam beberapa isu, yang ini kita akan umumkan lebih besar,” kata beliau ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Anwar berkata, tindakan kerajaan mengapungkan harga ayam dan telur adalah disebabkan harga rendah dan bekalan yang besar.

“Bila harga kurang daripada harga siling seperti sekarang dan harga ayam serta telur di Thailand lebih rendah berbanding Malaysia, ini masa dan ketika kita apungkan.
“Kalau benar ada kekurangan, kita akan cambahkan daripada stok. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mempunyai 30 peratus stok dan bersedia membeli dari Thailand andai kata ada keperluan untuk mengelak harga naik,” katanya.

Anwar menjawab perkara tersebut susulan pertanyaan daripada Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) sama ada kerajaan terbuka melaksanakan pemberian subsidi secara terus kepada rakyat menerusi pindahan tunai bagi mengelak sebarang ketirisan dalam pemberian subsidi.

Kerajaan pertimbang cadangan subsidi

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd