Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pekebun Dakwa Kerajaan Pahang Musnahkan Musang King, Langgar Arahan Mahkamah

Sekumpulan pekebun durian mendakwa kerajaan Pahang telah melanggar perintah Mahkamah Rayuan apabila menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King tanpa notis.

kerajaan pahang

Kerajaan Pahang didakwa tak beri notis ketika tebang pokok

Memetik kenyataan daripada Penasihat Save Musang King Alliance (Samka), Chow Yu Hui di Facebook, insiden itu dilapor berlaku di kebun durian Sungai Klau, Raub sekitar jam 11 pagi semalam, melibatkan kehadiran Unit Penguatkuasaan Negeri, Jabatan Perhutanan, Pejabat Tanah dan pihak polis.

“Apabila pekebun kembali untuk memeriksa kebun sekitar jam tiga petang, mereka dapati kebanyakan pokok durian Musang King yang ditebang berusia antara 30 hingga 40 tahun – hasil titik peluh berdekad lamanya.
“Pasukan penguat kuasa datang tanpa sebarang notis awal dan terus menebang pokok-pokok tersebut, menyebabkan kesukaran yang amat besar kepada para pekebun,” katanya.

Kerajaan Pahang langgar perintah mahkamah?

Ahli Parlimen Raub itu mendakwa tindakan tersebut melanggar perintah mahkamah bertarikh 28 Mei 2023, yang melarang sebarang penebangan atau perobohan tanpa kebenaran rasmi mahkamah.

“Kami akan memulakan tindakan undang-undang untuk memastikan kerajaan negeri bertanggungjawab, menuntut pampasan atas kerosakan, dan mempertahankan kedaulatan undang-undang,” tambahnya.

Artikel lain: Ramai Netizen Tidak Setuju Durian Jadi Buah Kebangsaan Singapura

Advertisement. Scroll to continue reading.

Chow turut menyeru pihak berkuasa menghentikan tindakan penebangan dan menyifatkan langkah tersebut sebagai satu bentuk “pengusiran secara kejam” yang menghina mahkamah.

Kontroversi ini berkait isu pemajakan tanah kerajaan kepada Royal Pahang Durian Resources-PKPP Sdn Bhd (RPDR-PKPP), yang dikatakan menindas hak pekebun yang telah berpuluh tahun mengusahakan kebun berkenaan.

Kontroversi durian Raub

Kontroversi durian Raub bermula ada dakwaan mengatakan Kerajaan Pahang menekan pekebun durian Raub melalui skim pengesahan tanah, dengan menawarkan pemajakan kepada syarikat RPDR-PKPP. Pekebun pula mendakwa mereka usahakan tanah itu sejak 1970-an dan dipaksa tandatangan kontrak tidak adil.

Sebanyak 204 pekebun telah memfailkan semakan kehakiman, namun ditolak Mahkamah Tinggi. Rayuan kini masih berjalan. Samka turut mendakwa kerajaan negeri langgar perintah mahkamah dan merobohkan struktur ladang sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Chow Yu Hui 

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Muhamad Za’imuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ kini berhadapan dengan risiko lumpuh kekal akibat kecederaan serius pada saraf tulang belakangnya selepas insiden yang...

Sukan

Pemain bola sepak, Faisal Halim meraih tumpuan warganet kerana mengekalkan tradisi memberi duit raya kepada penyokongnya ketika perlawanan Selangor menentang Terengganu di Stadium MBPJ...

Lokal

Polis Kelantan melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun dipercayai telah menyebabkan kehamilan sepupunya yang berusia 15 tahun hasil daripada hubungan bawah umur dan...

Lokal

Tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights terus menjadi perbincangan hangat di kalangan netizen kerana muncul pelbagai spekulasi mengulas punca kejadian sebenar kemalangan itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd