Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kenaikan Tarif Air Bukti Kegagalan Kerajaan Terengganu – Pemuda Amanah

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu mendakwa kerajaan negeri itu gagal dalam mengurus kewangan ekoran kenaikan tarif air yang dilihat masih tidak menemui jalan penyelesaiannya.

Bukti kegagalan kerajaan Terengganu

Bukti kegagalan kerajaan Terengganu

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Komunikasinya, Wan Muhammad Afiq Wan Zainalabidin memberitahu, kenaikan tarif antara 50 hingga 100 peratus yang berkuat kuasa 1 Ogos lalu menambahkan lagi beban rakyat di negeri itu.

Wan Muhammad Afiq berkata, keputusan itu menunjukkan kerajaan negeri tidak cakna terhadap masalah rakyat dan lebih memilih jalan mudah bagi menyelesaikan cabaran kewangan.

“Kerajaan negeri mengambil duit lebih daripada poket rakyat untuk menampung kelemahan pengurusan kewangan. Lebih mengecewakan, masalah asas bekalan air seperti tekanan rendah, kebocoran paip dan gangguan berulang masih belum ditangani dengan baik.
“Tindakan menaikkan tarif dalam keadaan perkhidmatan belum memuaskan hanya menambah kemarahan rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan negeri sepatutnya lebih kreatif mencari sumber kewangan baharu memandangkan Terengganu kaya dengan hasil sumber asli serta berpotensi besar dalam sektor pelancongan, perikanan dan pembangunan ekonomi hijau.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kelemahan perancangan dan ketidakmampuan mencari jalan keluar menyebabkan rakyat menjadi mangsa.
“Kenaikan tarif air yang diputuskan tanpa mendengar suara rakyat menunjukkan kerajaan negeri semakin jauh daripada prinsip Terengganu Sejahtera. Rakyat berhak mendapat perkhidmatan terbaik dahulu sebelum sebarang kenaikan dilaksanakan,” jelasnya.

Sehubungan itu, kerajaan negeri digesa menarik semula pelaksanaan tarif baharu tersebut dan memberi fokus kepada pelan penambahbaikan menyeluruh dalam perkhidmatan air.

Artkel lain: Kenaikan Tarif Air Di Kedah Tidak Bebankan Rakyat – Sanusi

“Perancangan itu perlu disertakan garis masa yang jelas serta jaminan mutu perkhidmatan yang lebih baik.
“Air adalah keperluan asas rakyat, bukannya sumber pendapatan untuk menutup kelemahan kerajaan negeri dalam mengurus hasil negeri,” tambahnya lagi.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden pesawat tempur F/A 18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas pada 21 Ogos lalu disahkan berpunca daripada burung bangau paya...

Sosial

Video sepasang suami isteri tunjuk aksi terlebih mesra ketika menjual ikan di siaran langsung TikTok telah menjadi perbualan netizen di media sosial kerana terlihat...

Sosial

Apple kembali menjadi tumpuan ramai apabila mengeluarkan peranti terbaru siri iPhone 17 dan Malaysia merupakan negara terawal yang bakal membawakan peranti tersebut buat peminatnya....

Sosial

Petinju Muay Thai, Johan Ghazali atau lebih mesra disapa Jojo menjadi perhatian ramai apabila bertanyakan beberapa soalan kepada adiknya iaitu Miki Ghazali setelah tewas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd