Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kemasukan Pelajar Ke Universiti Awam, Tidak Wujud Guna ‘Pintu Belakang’

Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menafikan dakwaan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA) menggunakan ‘pintu belakang’, sekali gus menafikan hak para pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Pengerusinya, Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman berkata, pengambilan pelajar ke UA dibuat secara telus melalui sistem tapisan dan saringan ketat serta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Kemasukan Pelajar Ke Universiti Awam

“Pihak JKNCR UA ingin menegaskan bahawa kaedah ‘pintu belakang’ sama sekali tidak pernah wujud dalam proses kemasukan pelajar ke mana-mana Universiti Awam di Malaysia.
“Jumlah kemasukan pelajar ke UA melalui saluran arus perdana juga tidak pernah dikurangkan, justeru tidak ada isu pengambilan kuota pelajar miskin untuk tujuan penjanaan pendapatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau mengulas berhubung kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Haim Hilman Abdullah yang mendakwa kemasukan pelajar ke UA kononnya menggunakan ‘pintu belakang’.

Artikel lain: 71,290 Calon Lepasan STPM, Setaraf Berjaya Ditawarkan Tempat Ke Universiti Awam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Ekhwan menjelaskan, pengambilan pelajar adalah mengikut kaedah ‘over dan above’ iaitu kuota arus perdana dipenuhkan dahulu sebelum proses pengambilan dibuka semula kepada calon yang membuat rayuan.

Kemasukan Pelajar Ke Universiti Awam

“Jelas sekali beliau (Haim) berpura-pura alpa tentang prosedur kemasukan pelajar UA yang mempunyai dua saluran berbeza.
“Saluran perdana dibuka dengan subsidi kerajaan manakala saluran komersial dibuka tanpa subsidi kerajaan.
“Saluran perdana mengambil sebahagian besar pelajar B40 manakala saluran komersial mengambil pelajar dalam kalangan keluarga T20 dan antarabangsa,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Ekhwan berkata, dakwaan berkaitan dengan pengambilan pelajar antarabangsa juga adalah fitnah besar.

“Malaysia sebagai satu hab Pendidikan Tinggi telah diiktiraf oleh banyak negara dan menjadi pilihan pelajar luar negara.
“Kita sama sekali tidak berkompromi dengan kriteria kemasukan, malah kita berikan peluang meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi melalui program dalaman universiti,” katanya.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd