Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Insiden Masjid India : Zaliha Dedah Kegagalan Paip Pembetungan Punca Utama Kejadian

Kegagalan struktur paip pembetungan yang mereput akibat tindak balas kimia dan ketidakstabilan tanah dikenal pasti sebagai punca utama kejadian lubang benam di Jalan Masjid India pada Ogos tahun lepas.

Menurut laporan Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata hasil siasatan pasukan khas diketuai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati insiden itu tidak berpunca daripada kewujudan lapisan batu kapur di bawah tanah seperti yang dibimbangi orang ramai.

Kegagalan paip pembetungan

Kegagalan paip pembetungan

“Lokasi kejadian terletak di atas Formasi Kenny Hills dan didasari batuan syis, manakala lapisan batu kapur hanya ditemukan pada kedalaman 60 hingga 70 meter. Oleh itu, insiden berkenaan tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan batu kapur.
“Rumusan daripada pasukan khas juga mendapati kegagalan struktur paip pembetungan yang telah mereput akibat tindakan balas kimia serta ketidakstabilan tanah antara faktor utama yang menyebabkan terbentuknya rongga di bawah struktur pejalan kaki, yang akhirnya mencetuskan insiden lubang benam itu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) yang ingin mengetahui status terkini laporan insiden lubang benam di Jalan Masjid India.

Pada 23 Ogos tahun lepas, seorang wanita dikenali G. Vijaya Lakshmi berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pemandu Lori Maut Kena Serangan Jantung Sebelum Rempuh Beberapa Kereta

Kegagalan paip pembetungan

Dr Zaliha berkata laporan penuh hasil siasatan telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 20 Ogos lepas, manakala laporan khas untuk bacaan umum akan diterbitkan DBKL pada akhir tahun ini bagi memberi penjelasan lanjut kepada masyarakat.

Beliau berkata DBKL kini melaksanakan kajian geoteknikal di jalan-jalan utama sekitar Segitiga Emas Kuala Lumpur bagi mengenal pasti profil serta kestabilan tanah menggunakan kaedah seperti Radar Penembusan Tanah (GPR), Pengesanan dan Jarak Cahaya (LiDAR) dan Radar Aperture Sintetik Interferometri (InSAR).

“Dapatan awal menunjukkan tiada kawasan yang berisiko tinggi untuk kejadian lubang benam. Kajian ini penting bagi memastikan keselamatan infrastruktur di kawasan pusat bandar dan zon penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN 2025,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Yusuf yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat memperkenalkan sistem amaran awal atau pemantauan berasaskan geoteknikal ataupun teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan risiko lubang benam di kawasan berpenduduk padat di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dr Zaliha turut memaklumkan hasil pengalaman daripada insiden berkenaan, kerajaan kini membentuk Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) yang lebih berwibawa bagi memastikan tindakan pantas dan berkesan sekiranya kejadian seumpama itu berulang.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) ditahan polis selepas kejadian seorang pendaki yang ditemui maut ketika mendaki di Gunung Liang, Muallim, Tanjong Malim, semalam. Dua...

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Pendaki, Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, yang ditemui meninggal dunia di puncak Gunung Liang di Muallim, Tanjong Malim, semalam ditemukan berseorangan dalam keadaan seakan tidur...

Lokal

Ibu kepada pelajar perempuan yang maut dalam tandas di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya mendedahkan hasil bedah siasat mendapati anaknya mengalami sebanyak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd