Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Laksana Karnival Wanita MADANI 2025, MAWIM Perkasa Wanita Malaysia Dalam Pelbagai Aspek

Majlis Wanita Islam YADIM (MAWIM) telah menganjurkan Karnival Wanita MADANI 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Rabu bagi membentuk wanita berdaya saing dari pelbagai segi termasuk ekonomi, sosial, pendidikan dan kesihatan dalam usaha melahirkan masyarakat yang harmoni dan progresif.

Karnival Wanita MADANI 2025 perkasa wanita Malaysia

Karnival Wanita MADANI 2025

MAWIM memilih tema ‘Wanita MADANI: Tonggak Keunggulan Keluarga dan Pencetus Generasi Gemilang’ dan mensasarkan kehadiran 500 peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan wanita, pimpinan dan ahli badan bukan kerajaan wanita pelbagai latar belakang dari seluruh negara.

Dalam pada itu, Karnival Wanita MADANI 2025 menjadi salah satu inisiatif dalam memperkasakan wanita Malaysia dari pelbagai aspek kehidupan, sejajar dengan konsep MADANI yang menekankan prinsip keadilan, kesaksamaan dan kesejahteraan untuk semua.

Karnival ini juga telah melaksanakan pelbagai pengisian program termasuklah empat sesi forum yang membicarakan tentang kesejahteraan mental dan fizikal wanita, peluang wanita mendapat pendidikan sepanjang hayat, pengurusan sosial wanita dan mengurus kewangan wanita secara berkesan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, program tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH MALAYSIA) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail.

Artikel lain: YWM Rai Impak Positif Wakaf, Terima Peruntukan Kerajaan RM35 Juta

Ketika merasmikan majlis tersebut, Wan Azizah menyeru agar program pemerkasaan institusi keluarga kerana ia kini menghadapi cabaran yang lebih kompleks dibawa oleh pelbagai faktor seperti kemajuan teknologi, kepesatan penggunaan media sosial dan perubahan ekonomi.

Beliau turut menegaskan wanita seharusnya mampu menjadi suri teladan, sumber inspirasi dan juga pembimbing, pendukung utama suami dalam setiap keadaan sama ada susah ataupun senang dan mampu menjadi contoh yang baik untuk anak-anak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Program ini dijayakan YADIM menerusi kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan KASIH MALAYSIA.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai sudah tiga hari tidak keluar ditemui meninggal dunia di sebuah rumah kedai dihuninya. Penemuan jasad itu mengejutkan orang ramai...

Lokal

Kerajaan Pahang nafi langgar perintah mahkamah dan ia sekaligus menyangkal dakwaan Save Musang King Alliance (SAMKA) yang menyatakan bahawa kerajaan negeri telah melanggar perintah...

Lokal

TYMBA Education Group dilantik secara rasmi sebagai Institusi Pembelajaran dan Latihan Diluluskan (ALTI) oleh Yayasan Peneraju di bawah Skim Pembiayaan Baharu, khusus bagi kelayakan...

Sosial

Pendedahan yang dibuat oleh akaun Malaysia Fight League (MFL) berkenaan tindakan pengurus rumah anak yatim disyaki kurung dan memberi makanan rosak kepada penghuni telah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd