Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kanye West Bangga Tunjuk Dan Ajak Tonton Video Seks Kim Kardashian Depan Pekerja

Penyanyi rap sensasi, Kanye West atau kini dikenali Ye sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila bekas pekerja mendedahkan dia pernah menunjukkan gambar bogel bekas isterinya, Kim Kardashian kepada mereka.

Memetik laporan Insider, Ye turut bertindak keterlaluan apabila mengajak pekerjanya menonton video seks dilakukannya bersama Kim yang disimpan dalam telefon bimbit.

“Ye sudah keterlaluan kerana sanggup menunjukkan gambar bogel bekas isterinya termasuk rakaman hubungan intim mereka berdua kepada pekerja,”ujar salah seorang pekerjanya.

Apa yang lebih mengejutkan, Ye pernah memainkan video pornografi ketika mereka sedang bermesyuarat selain mengajak bercakap perkara lucah.

“Ye bangga, pernah tunjuk foto bogel Kim dengan gaya yang angkuh sambil memberitahu isterinya baru sahaja menghantar gambar tersebut,”ujarnya lagi.

Untuk rekod, Ye berkahwin dengan Kim Kardashian pada bulan Mei 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, mereka berpisah pada selepas enam tahun bersama.

Sumber: Insider

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul mengajak semua pihak untuk ‘move on’ susulan video permohonan maaf Dr. Malar Santhi Santherasegapan berhubung kontroversi kenyataan melibatkan isu...

Sosial

Seorang penghantar makanan berkongsi pengalaman luar biasa yang mengubah rutin hariannya selepas satu video dimuat naik di TikTok mencetuskan perhatian ramai pengguna media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd