Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

“Kami Menang!”- Akhyar Rashid Bangga, Tewaskan Penjaga Gol Kebangsaan Korea Selatan

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid, 24, bangga apabila dapat menewaskan penjaga gol kebangsaan Korea Selatan yang juga penjaga gol Ulsan Hyundai, Jo Hyeon-woo, semalam.

Ia selepas dia berjaya menjaringkan gol pada aksi perlawanan Kumpulan I, Liga Juara-Juara AFC (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Akhyar Rashid tak sangka, bantu JDT tewaskan Ulsan Hyundai

Akhyar yang mesra disapa Mat Yat berkata, dia bersyukur kerana dapat membantu skuad Harimau Selatan menang dalam perlawanan tersebut. Malah, tidak menyangka dapat menjaringkan gol pada perlawanan tersebut.

“Memang bangga sangat, apa pun, syukur alhamdulillah dapat bantu team (pasukan) dan benda yang saya impikan di luar dan memang tengah berdebar perasaan saya tadi bila dapat score (jaringkan gol).
“Tak sangka ia rezeki saya malam ni. Terima kasih untuk coach (jurulatih) dan semua. Alhamdulillah, kami menang,”luahnya.

Akhyar Rashid

JDT dah sasar mahu menang!

Ujarnya, mereka memang telah meletakkan sasaran untuk memenangi perlawanan pada malam tersebut disebabkan JDT berada di dalam kedudukan tidak selesa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tiga mata memang kami target untuk menang malam ni, sebab kami duduk (kedudukan) pun tak selesa sangat sekarang ni.
“Apa yang kami buat malam ni, insyaa-ALLAH kami juga akan buat yang terbaik selepas ini pada perlawanan dengan dengan Kawasaki (Frontale), di gelanggang lawan,”ujar Akhyar.

Dalam pada itu, Akhyar jugga tidak menyangka rakan sepasukannya, Arif Aiman Mohd Hanapi akan melorongkan semula bola kepadanya bagi menjaringkan gol.

“Pasal gol tu, saya memang terdetik nak buat macam tu…saya pergi tengah dan lari semula untuk side (tepi) dan undur semula bagi mendapatkan bola kerana niat saya untuk bagi Arif (Aiman), shooting (melepaskan rembatan), tapi dia pass (hantar) semula untuk saya dan alhamdulillah saya dapat jaringkan gol.
“Sebelum ini pun saya digelar super sub dan sebelum dimasukkan coach cakap, ‘go! do what you want, you just go!’ itu sahaja,” katanya.

Akhyar Rashid

Artikel lain: Jangan Label JDT ‘Jaguh Kampung’ Gara-Gara Kalah Dengan Pasukan Jepun

Untuk rekod, sehingga minit ke-86 kedua-dua pasukan terikat 1-1 hasil jaringan pemain Ulsan Hyundai, Ataru Esaka pada minit ke-69 bagi memadam kelebihan jaringan pembukaan oleh pemain import JDT, Heberty Fernandes, pada minit ke-44.

Bagaimanapun, Akhyar yang masuk selaku pemain gantian pada aksi getir muncul wira apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-86.

Sumber: Sinar Harian (Shahrizal Ahmad Zaini)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sukan

Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin umum bertunang dengan bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada Rabu. Berita gembira itu dikongsikan...

Sosial

Dek penangan kuasa viral, biskut raya air tangan penghuni penjara di Galeri Produk My Pride, Kompleks Penjara Kajang telah mendapat sambutan luar biasa sejak...

Lokal

Pemergian Prebet Muhammad Muqriz Aseri, yang meninggal dunia pada Isnin lalu meninggalkan kesan mendalam kepada keluarganya. Menurut laporan Bernama, ibu Allahyarham, Nor Azlina Zambri,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd