Ketua jurulatih berbasikal negara, Harnizam Basri, menyatakan kesediaannya menunaikan nazar dengan membotakkan kepala.
Ia selepas skuad pecut berpasukan negara mempamerkan prestasi cemerlang apabila mengatasi rekod kebangsaan menerusi catatan terpantas, sekali gus mempertahankan pingat emas yang diraih pada 2017.
Jurulatih Bakal Tunai Nazar Cukur Kepala
Menurut Harnizam, janji itu dibuat susulan kejayaan pasukan mencatatkan masa satu minit, sekali gus memadam rekod lama negara.
“Dia berhasil mendapatkan 1 minit, jadi saya akan botak.
“Saya ada dua acara pecut. Kalau dua-dua menang emas saya akan botak, dan cukur kepala jika pecahkan rekod,” katanya.
Keampuhan barisan negara yang diwakili Muhammad Ridwan Sahrom, Fadhil Zonis dan Akmal Nazimi Jusena nyata sukar ditandingi apabila mereka berjaya menewaskan cabaran skuad tuan rumah yang diketuai juara dunia keirin 2019, Jai Angsuthasawit.
Artikel lain: Air Mata Juara! Miki Ghazali Hadiahkan Pingat Emas Muay Thai Di Sukan SEA 2025
Kejayaan itu turut menyaksikan satu rekod kebangsaan baharu dicipta bagi acara pecut berpasukan negara, mengatasi catatan terdahulu 1 minit 02.077 saat yang dipegang oleh Datuk Azizul Hasni Awang, Josiah Ng dan Mohd Edrus Md Yunos ketika Sukan Asia Incheon 2014.
Prestasi membanggakan itu sekali gus membuktikan peningkatan ketara skuad berbasikal negara, selain mengukuhkan status mereka sebagai antara pasukan terbaik di rantau ini.
Sumber: Astro Arena













































