Jumlah mangsa banjir di Sabah mencatat penurunan kepada 3,266 orang daripada 1,401 keluarga petang ini, berbanding 5,141 orang daripada 2,160 keluarga yang dilaporkan pada pukul 8 pagi tadi.
Jumlah mangsa banjir menurun
Menurut kenyataan daripada Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, mangsa banjir yang terjejas di daerah Pitas, Paitan, dan Tawau kini ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara untuk mendapatkan perlindungan dan bantuan kecemasan.
Daripada ketiga-tiga daerah itu, Pitas mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,171 orang, diikuti Paitan sebanyak 850 orang, manakala Tawau merekodkan 245 orang mangsa. Secara keseluruhan, bencana ini telah menjejaskan kira-kira 70 kampung di kawasan terbabit.
“Banjir di ketiga-tiga daerah itu telah menjejaskan 70 kampung,” menurut kenyataan itu.
Artikel lain: PM Umum Bantuan Segera Disalur Kepada Mangsa Banjir Sabah & Sarawak
Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia turut memberi amaran bahawa beberapa kawasan pedalaman yang berpotensi mengalami ribut petir pada sebelah petang dan malam, yang boleh menambah risiko kepada keadaan banjir sedia ada.
Sumber: Berita Harian







































