Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Johor Pertimbang Sektor Awam Bekerja Empat Hari Setengah Dalam Seminggu

Kerajaan negeri Johor sedang mengkaji cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam kepada empat hari setengah dalam seminggu.

Foto: Berita Harian

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menjelaskan perubahan tersebut akan dilaksanakan susulan pengubahan semula cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Kerajaan negeri kini giat melakukan penambahbaikan untuk meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian perkhidmatan bagi tujuan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara inisiatif yang dicadangkan termasuk memperkasa perkhidmatan digital dengan menambah urusan dalam talian.

Beliau mencadangkan pemanjangan waktu operasi perkhidmatan kaunter kritikal termasuk pada waktu rehat.

“Kerajaan Johor juga akan memanjangkan waktu operasi perkhidmatan kaunter yang kritikal untuk terus beroperasi termasuk pada waktu rehat di antara jam 1 tengah hari sehingga 2 petang,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2024, di Bangunan Sultan Ismail, hari ini.

Penyeragaman waktu operasi perkhidmatan kaunter di semua jabatan kerajaan negeri, persekutuan dan pihak berkuasa tempatan turut dirancang.

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sekiranya usaha-usaha penambahbaikan itu berjalan lancar, Insya-Allah kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan perubahan waktu bekerja kepada empat hari setengah tanpa mengurangkan keseluruhan tempoh jam bekerja bagi sektor awam.
“Bagaimanapun, ia perlu mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan restu Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,” ujarnya.

Cadangan ini dilihat daripada model Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang telah melaksanakan waktu bekerja paling singkat di dunia iaitu hanya empat hari setengah sejak 1 Januari 2022.

Di bawah langkah itu, waktu kerja antara Isnin hingga Khamis bermula 7.30 pagi hingga 3.30 petang manakala bagi hari Jumaat, waktu bekerja bermula pada 7.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Penjawat awam mempunyai pilihan untuk bekerja dari rumah pada Jumaat dengan jadual waktu yang fleksibel, membolehkan mereka mengatur produktiviti kerja mengikut keperluan peribadi.

Sumber: Harian Metro (Mohamed Farid Noh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Sosial

Seorang wanita warga Malaysia masih trauma selepas melalui detik mencemaskan apabila pesawat Batik Air yang dinaikinya hampir tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd