Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Johor Negeri Pertama Tubuh Pusat Pemulihan Golongan ‘Pelangi’, Terpesong Akidah

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid memaklumkan yang kerajaan negeri akan mewujudkan pusat pemulihan bagi menangani isu akidah terpesong serta individu yang mengamalkan hubungan sesama jantina.

Pertama di Malaysia

Memetik laporan dari Utusan, pusat pemulihan bagi golongan yang mengamalkan hubungan sesama jantina itu merupakan yang pertama seumpamanya diwujudkan di negara ini.

:Ketika ini ia sedang dalam proses persiapan kemasukan harta modal di bahagian pejabat, asrama pelatih lelaki dan wanita.
“Pusat ini dijangka beroperasi sepenuhnya pada bulan Julai 2024,” katanya.

Majlis Agama Islam Johor peruntukkan RM15 juta untuk Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita

Difahamkan, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah memperuntukkan RM15 juta setahun kepada Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dakwah termasuk bagi menyantuni golongan mualaf.

Ujarnya, seramai 2,845 orang telah berdaftar memeluk agama Islam sejak 2020 hingga November lalu, iaitu seramai 728 orang pada 2020, 688 (2021), 796 (2022) dan 633 (November 2023).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saudara baharu kita yang berdaftar di negeri Johor terdiri daripada pelbagai kaum antaranya Cina, India, Iban, Bidayuh, Kadazan, Orang Asli serta warga asing dari Filipina dan Vietnam,” katanya.

Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita telah ditubuhkan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ)  pada 2020 turut berperanan dalam melaksanakan Modul Pengajian Islam berkaitan akidah, ibadah, muamalat, sirah, akhlak dan pengajian al-Quran.

“Selain itu, ia juga berfungsi memberi bimbingan keagamaan kepada mualaf dalam usaha mempertingkatkan syiar Islam dan menjaga kebajikan mereka.
Antara kursus dijalankan adalah Islam Pilihanku, Kem Sinar Ibadah, Majlis Iftar Ramadan, Program Ziarah Riadah dan Sambutan Maulidur Rasul,” ujarnya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohd. Khairul Mohd Ali)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial memaparkan seorang lelaki bersama lima warga Pakistan nekad terjun sungai bagi membantu kira-kira 30 penduduk Kampung Tengah yang terkesan dengan...

Nasional

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Malaysia Bhd (Takaful Malaysia) menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip di Putra...

Lokal

Seorang peniaga dikenali Abang Belon pernah ada 13 rekod jenayah lalu dan kebanyakannya adalah berkaitan dengan kesalahan dadah, lapor Kosmo! Online. Difahamkan, peniaga belon...

Lokal

Muhamad Za’imuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ kini berhadapan dengan risiko lumpuh kekal akibat kecederaan serius pada saraf tulang belakangnya selepas insiden yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd