Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jenazah Pendaki Everest Selamat Dikebumi Di Sebelah Pusara Ibu

Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni, Papar petang tadi.

Menurut laporan Harian Metro, Allahyarham yang berusia 56 tahun dikebumikan di sebelah pusara ibunya, Dayang Fatimah Awang Ampuan Jair.

Foto: Buletin TV3

Pengebumian tersebut dihadiri kira-kira 1,000 orang termasuk ahli keluarga, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di MAS Kargo Kota Kinabalu kira-kira pukul 2.20 petang menggunakan pesawat Malaysia Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Foto : BERNAMA

Allahyarham yang juga Pengarah APM Kedah disahkan meninggal dunia ketika menjayakan misi menawan puncak Gunung Everest.

Difahamkan, Allahyarham dipercayai mengalami masalah kesihatan sebaik tidak dapat meneruskan misi menawan gunung berkenaan ketika berada di paras 8,000 meter dari aras laut pada 19 Mei lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto : Google

Sumber: Harian Metro (Yun Mikail)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.” Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Sukan

Tang Jie- Ee Wei akui kesilapan sendiri punca mereka tersungkur di tangan pihak lawan. Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd