Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Jenazah Mualaf Disantuni Keluarga Bukan Islam, Bukti Kasih Sayang Atasi Perbezaan

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook, Mohd Fadli Mohamed Salleh.

Jenazah mualaf disantuni keluarga bukan Islam

Menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, dia berkongsi kisah daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dana Kita yang menguruskan tiga jenazah termasuk seorang saudara baharu.

Menurutnya apa yang paling menyentuh perasaan ialah kehadiran ramai ahli keluarga arwah yang bukan beragama Islam untuk memberikan penghormatan terakhir, sekali gus membuktikan hubungan kekeluargaan tetap utuh meskipun berlainan pegangan agama.

“Walaupun mereka sudah berbeza agama, ikatan kekeluargaan itu masih kuat dan tidak terputus,” tulisnya.

Jenazah mualaf

Dalam perkongsian sama, Mohd Fadli turut menjelaskan bahawa dalam Islam, seseorang mualaf tetap diwajibkan berbuat baik dan mentaati ibu bapa walaupun ibu bapanya bukan Muslim, kecuali jika diminta melakukan perkara yang jelas bercanggah dengan syariat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia memberi contoh, sekiranya ibu bapa meminta melakukan urusan harian seperti membeli barang atau membantu keperluan mereka, maka ia tetap menjadi kewajipan untuk dipatuhi.

Artikel lain: Meninggal Dunia Sebagai Mualaf, Keluarga Bukan Islam Ziarah Kubur – “Untung Masih Ada Doa Ibu”

Namun, arahan yang melibatkan pelanggaran hukum agama tidak wajib ditaati.

“Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa hubungan antara adik-beradik berlainan agama juga tidak terhalang selagi tidak melanggar batas syariat, termasuk berpelukan, berciuman serta melakukan aktiviti bersama seperti biasa.
“Hanya jika ibu bapa suruh dia buat perbuatan melanggar syariat agama, baru dia tidak wajib patuh. Contohnya ayahnya paksa makan khinzir atau suruh jangan solat, masa tu ja dia tak wajib ikut arahan itu.
“Jika ayah ibunya suruh picit badan, wajib dia taat. Ayah ibu suruh ke kedai beli beras, wajib taat.
“Sama juga hubungan antara adik beradik, walau berbeza agama, boleh peluk cium macam biasa. Boleh lakukan apa jua aktiviti yang tak menyalahi hukum agama Islam sama-sama,” kongsinya.

Jenazah mualaf

Mohd Fadli turut memperbetulkan salah faham bahawa seseorang yang memeluk Islam wajib menukar nama, sebaliknya menegaskan bahawa Islam tidak mewajibkan penukaran nama selagi ia tidak membawa maksud yang bercanggah dengan akidah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bahkan, tak wajib pun bukan beragama Islam yang masuk Islam kena tukar nama jadi nama Muslim.
“Nak kekalkan nama Ah Wong, Christine Ng ke apa, boleh je kekalkan. Tak diwajibkan tukar nama bila masuk Islam,” ujar Mohd Fadli.

Dalam masa yang sama, dia menyeru masyarakat agar tidak memulaukan ahli keluarga yang memilih untuk memeluk Islam, sebaliknya memahami keindahan ajaran Islam yang menitikberatkan kasih sayang, adab dan silaturahim.

“Peristiwa yang berlaku di bilik pengurusan jenazah ini benar-benar membawa mesej yang baik,” katanya sambil meluahkan penghargaan kepada keluarga arwah yang tetap hadir walaupun berbeza agama.

Perkongsian tersebut turut mengundang reaksi positif warga maya yang melihatnya sebagai contoh harmoni dan toleransi beragama dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Dunia

Seorang bekas rakyat Malaysia yang kini menjadi warganegara Singapura dan bekerja sebagai pemandu kenderaan persendirian (PHV) meluahkan rasa menyesal apabila dikatakan terpaksa bekerja selagi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd