Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Jejambat Persimpangan Bukit Setongkol- Kemunting Dibuka 1 April

jejambat dibuka

Jejambat persimpangan Bukit Setongkol ke Kemunting di Jalan Persekutuan, Jalan Kuantan-Gambang (FT421)  akan dibuka pada jam 8 pagi esok.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berpendapat pembukaan jejambat itu perlu disegerakan.

Ini bagi membolehkan rakyat menggunakan laluan alternatif tersebut terutama pada waktu kemuncak dan musim perayaan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

“Ia sekaligus mengurangkan kesesakan lalulintas akibat pertambahan jumlah kenderaan terutamanya pada waktu puncak dan cuti umum serta menjadikan masa perjalanan lebih singkat,”katanya.

Artikel lain: Rakyat Sambut Baik Kerajaan Umum Tol Percuma 2 Hari Sempena Aidilfitri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Projek tersebut dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

“Pembinaan Jambatan Putra dengan kos RM161.4 juta disiapkan secara siap pembahagian pada 25 September 2020 sepanjang 1.85 kilometer.
“Ia merangkumi jambatan baharu sepanjang 451 meter merentasi Sungai Kuantan,”katanya lagi.

Menurut kenyataan lagi, projek jejambat ini telah diluluskan secara Perjanjian Tambahan dengan kos projek bernilai RM47 juta, di mana tarikh milik tapak adalah pada 15 Jun 2020 dan siap pada 22 Mac 2024.

Projek ini merupakan skop kerja tambahan bagi menghubungkan bandar Kuantan ke Bandar Putra, Tanjung Lumpur.

“Skop kerja tambahan ini merangkumi pembinaan Jalan Berkembar 4 Lorong dari Persimpangan Bukit Setongkol ke Kemunting, mengikut piawaian JKR U5 Jenis III sepanjang 650 meter, merangkumi jejambat baharu sepanjang 280 meter merentasi Jalan Persekutuan, Jalan Kuantan – Gambang (FT02),”ujarnya.

Dalam pada itu, Alexander Nanta Linggi dan Wan Rosdy berharap dengan pembukaan jejambat itu akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada orang awam, khususnya kepada penduduk sekitar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Nasional

Kerajaan bersetuju melanjutkan Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) bermula 19 Mei ini hingga 30 April tahun depan khusus untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Sosial

Video seorang anggota ATM fasih berborak dengan juruterbang pasukan Russian Knight menggunakan bahasa Rusia telah menarik perhatian ramai apabilakedua-duanya dilihat rancang berbual. Anggota ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd