Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Jambatan Utama Baltimore Runtuh Dirempuh Kapal Kargo, Ini Puncanya

Sebuah jambatan utama di bandar Baltimore Amerika Syarikat (AS), Francis Scott Key runtuh berikutan sebuah kapal terlanggar binaan berkenaan pada Selasa.

Menurut CNN, kejadian itu menyebabkan kira-kira 20 orang serta beberapa kenderaan terjunam ke dalam air di bawah jambatan terbabit.

Kejadian tersebut dilihat menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah kapal kontena melanggar tapak jambatan, sehingga menyebabkan keseluruhan struktur binaan keluli itu runtuh ke Sungai Patapsco.

Jurupandu kapal, Clay Diamond memberitahu dia telah lakukan yang termampu untuk memperlahankan kapal dan menghalangnya daripada merempuh ke arah jambatan, kerana terdapat pemadaman total pada kapal, bermakna kapal tersebut kehilangan kuasa enjin dan kuasa elektrik, lalu berlaku pemadaman sepenuhnya.

“Saya turut memberi beberapa arahan, seperti meminta pengemudi untuk berlabuh sejauh mungkin ke kiri dan turut melepaskan sauh, sebelum bertindak menghubungi pejabat penghantaran juruterbang untuk menutup lalu lintas ke jambatan itu.
“Itu semua adalah langkah yang sesuai tetapi ia berlaku dengan begitu pantas dan dengan masa yang begitu singkat menyebabkan apa yang kami lakukan tidak berjaya,” kata Diamond.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jurupandu itu turut menegaskan bahawa walaupun lampu pada bot boleh dilihat kembali menyala mungkin disebabkan penjana kecemasan yang diaktifkan selepas pemadaman awal, namun enjin kapal tidak kembali hidup semula.

Dalam pada itu, Setiausaha Polis Negeri Maryland, Kol. Roland L. Butler Jr. memberitahu usaha mencari dan menyelamat akan ditumpukan untuk mencari orang yang hilang sebagai tanda sokongan kepada keluarga mereka.

“Pada ketika ini, kami tidak tahu di mana mereka berada akan tetapi kami berhasrat untuk memberikan usaha terbaik kami untuk membantu keluarga ini menemui pengakhiran,” ujarnya.

Gabenor Maryland Wes Moore telah mengisytiharkan darurat di negeri Amerika Syarikat itu berikutan insiden terbabit dan akan sentiasa berhubung rapat dengan Setiausaha Pengangkutan AS Pete Buttigieg, Datuk Bandar Baltimore, sekiranya terdapat informasi baru yang diterima.

Sumber: CNN News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd