Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Berkuat Kuasa Hingga Raya Kedua! Jakarta Tutup Kelab Malam, Bar Sepanjang Ramadan

Jakarta Tutup Kelab Malam

Kerajaan Wilayah Jakarta mengarahkan penutupan premis hiburan dan kehidupan malam di ibu kota sepanjang bulan Ramadan bagi menjaga ketenteraman awam serta memastikan suasana lebih kondusif.

Ketua Agensi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Jakarta, Andhika Permata, berkata premis terlibat termasuk kelab malam, disko, mandi wap, rumah urut, pusat hiburan dewasa dan bar.

“Arahan itu berkuat kuasa sehari sebelum bermulanya Ramadan sehingga hari kedua Aidilfitri.
“Langkah ini diambil bagi memastikan suasana ibu kota lebih terkawal dan menghormati bulan suci Ramadan,” katanya, memetik laporan detik.com.

Jakarta Tutup Kelab Malam

Bagaimanapun, beliau memaklumkan pengecualian diberikan kepada premis yang beroperasi di hotel empat dan lima bintang serta kawasan komersial tertentu, dengan syarat tidak berhampiran kawasan perumahan, rumah ibadat, sekolah atau hospital.

Artikel lain: Kedutaan Malaysia Pantau Rapi! Rakyat Dinasihat Elak Kawasan Demonstrasi Jakarta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Premis yang dibenarkan beroperasi pula dihadkan dari jam 8.30 malam hingga 1.30 pagi waktu tempatan dan perlu melaksanakan proses ‘closed bill’ sejam sebelum tamat waktu operasi.

Pihak berkuasa menegaskan arahan ini bertujuan menjaga keharmonian masyarakat sepanjang Ramadan, selain memastikan aktiviti perniagaan berjalan dalam kawalan yang ditetapkan.

Sumber: Detik.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama. Kes ceroboh kuil di Rawang Ketua Polis...

Lokal

Mahkamah Tinggi di Melaka mengetepikan hukuman denda RM1,500 terhadap seorang pengawal keselamatan yang mengaku mencuri susu tepung dan beberapa barangan lain di sebuah pusat...

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Lokal

Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan di media sosial yang mengaitkan seorang pensyarah kanan institusi itu dengan gerakan Freemason. Dakwaan pensyarah terlibat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd