Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kurangkan Kebergantungan Pekerja Asing, Jabatan Penjara Sasar 10,000 Banduan Masuk Industri Kritikal

Bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing, Jabatan Penjara meletakkan sasaran 10,000 banduan untuk memasuki industri kritikal di negara ini pada tahun ini dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, perladangan dan pembinaan.

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu juga bantu mengurangkan mengurangkan kos operasi dan kesesakan dalam penjara.

Jabatan Penjara

Jabatan Penjara

“Saya ingin mengambil peluang untuk mengiktiraf kejayaan dan pencapaian Jabatan Penjara yang semakin mendapat pengiktirafan di peringkat global, antara yang membanggakan ialah inisiatif prison industries melalui kerjasama dengan sektor swasta.
“Kemahiran yang diterima banduan berjaya menjadikan institusi penjara sebagai entiti berdaya saing yang menjana pendapatan dan melatih tenaga kerja mahir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan dibacakan Pemangku Pengarah Penjara Pahang, Timbalan Komisioner Penjara Suhaizak Ab Wahab pada Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-235 2025 peringkat Penjara Pahang, di sini hari ini.

Tambah Saifuddin lagi, kualiti banduan dapat dibuktikan menerusi penghasilan seni fabrik yang meraih pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa dari beberapa negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Akta Keselamatan Dalam Talian Bakal Dikuat Kuasa Dalam Masa Terdekat – Fahmi

Jabatan Penjara

“Ini menjadi bukti negara ini serius dalam reformasi institusi penjara malah menjadi contoh dunia dalam usaha pemulihan,” katanya.

Jelasnya, beberapa inisiatif seperti Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Perintah Kehadiran Wajib (PKW), Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) dan Corporate Smart Internship (CSI) berjaya membantu mengurangkan kadar pengulangan jenayah dalam kalangan banduan.

Usaha tersebut turut dilihat berkesan dalam membentuk jati diri baharu bagi mereka yang telah melalui proses pemulihan.

Dalam masa sama, KDN turut mengakui bahawa isu kesesakan dalam penjara masih menjadi cabaran utama dan sehubungan itu, pelbagai strategi telah dan sedang dirangka bagi menangani perkara berkenaan dengan lebih berkesan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Antaranya memperluaskan skop parol dan PKW dengan memfokuskan banduan risiko rendah bagi membolehkan mereka menyumbang kepada masyarakat. Kita juga berusaha membangunkan infrastruktur penjara baharu, naik taraf kemudahan sedia ada selain penggunaan teknologi digital dan AI dalam penjara.
“Kerajaan turut melakukan kajian reformasi hukuman mandatori melalui jawatankuasa pembaharuan undang-undang serta pemerkasaan pengurusan banduan rentan yang terdiri daripada kategori warga emas, pesakit kronik dan mental serta orang kelainan upaya (OKU),” katanya.

Sumber: Berita Harian (Mohd Rafi Mamat)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan empat individu, termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik...

Sukan

Pasukan Dart Kebangsaan Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat kemenangan sulung dalam penampilan mereka di pentas Piala Dunia Dart 2025. Malaysia membuka kempen dengan...

Lokal

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata dalam satu kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di...

Lokal

Seorang lelaki berusia 60 tahun direman selama empat hari bermula 16 Jun sehingga 19 Jun bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji yang didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd