Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Jalur Gemilang Terbalik: Pemilik Kedai Bebas Dengan Jaminan Polis

Pemilik sebuah kedai perkakasan di Jalan Bertam Perdana yang ditahan berhubung insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di hadapan premisnya, dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Didakwa sengaja pasang Jalur Gemilang terbalik

Menurut laporan FMT, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman, berkata lelaki berusia 59 tahun itu ditahan pada malam Sabtu sebelum dibebaskan sekitar jam 3 petang Ahad, selepas keterangannya direkodkan.

jalur gemilang

“Setakat ini, lebih 10 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan. Kertas siasatan juga telah dilengkapkan dan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini untuk arahan selanjutnya,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Pulau Pinang di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Majlis itu menyaksikan Azizee Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negeri yang baharu menggantikan Pemangku Ketua Polis, Mohd Alwi Zainal Abidin dan disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pemilik Kedai Mohon Maaf, Nafi Sengaja Kibarkan Jalur Gemilang Terbalik

Menurut Anuar, siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Berdasarkan siasatan awal, pemilik kedai tersebut memasang bendera secara terbalik, manakala seorang pekerjanya berada bersebelahan dan merakam kejadian itu. Video yang tular pula dipercayai dirakam oleh orang awam di lokasi,” ujarnya.

Mengulas dakwaan terdapat pihak yang merancang mengadakan demonstrasi susulan kejadian itu, beliau mengesahkan pihaknya telah menerima maklumat berhubung perkara berkenaan.

jalur gemilang

“Kami telah menasihati mereka supaya tidak meneruskan rancangan tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah ketenteraman awam, tambahan pula siasatan polis sedang dijalankan,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video berdurasi 21 saat memaparkan tindakan dua lelaki di premis berkenaan yang didakwa sengaja memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik, sekaligus mengundang kecaman hebat warganet.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Insiden itu turut mendorong beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, membuat laporan polis.

Sumber: Free Malaysia Today

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Lokal

Kemarau berpanjangan serta cuaca panas melampau bukan sahaja menjejaskan sumber bekalan air, malah turut memberi impak langsung terhadap pengeluaran padi yang dijangka menyusut sehingga...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Lokal

Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara dijangka berterusan sehingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera yang lebih kering serta...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd