Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Ceramah Sebut ‘Sembah Syaitan’, Wadi Annuar Mohon Maaf kepada Penganut Hindu

Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar hari ini telah membuat permohonan maaf kepada penganut Hindu di Malaysia apabila satu video ceramahnya tular dan didakwa menyentuh sensitiviti agama tersebut.

Memetik laporan dari Harian Metro merujuk kepada posting yang dibuat Ustaz Wadi di Instagram, beliau mengatakan yang perkara tersebut berlaku sewaktu memberi ceramah di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Jumaat lalu.

Terlepas pandang dan akui kesilapan

Menurutnya ada satu bahagian beliau terlepas pandang dan telah mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya diucapkan di negara ini memandangkan kita hidup berbilang bangsa dan agama.

“Di dalam ceramah itu, saya menyebut tentang Thaipusam yang di dalamnya ada sekumpulan orang Melayu Islam menyertai perarakan itu dan saya menyatakan ajaran agama Islam tidak membenarkan penganutnya menyertai perayaan berbentuk agama itu
Namun saya terlepas pandang dengan menyebut perkataan ‘sembah syaitan’ dan ia adalah kesilapan daripada mulut saya.
“Maka pada pagi ini, saya memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan itu. Saya mohon maaf kepada semua penganut agama Hindu dan masyarakat India di Malaysia khususnya dengan seikhlas hati atas kekhilafan yang berlaku,” katanya.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Ustaz Wadi Annuar (@ustazwadiannuar)

Sedar khilaf & tak berniat hina agama lain

Ujar beliau lagi, dirinya sama sekali tidak berniat untuk menghina agama lain dan kekhilafan yang dilakukan telah mencetuskan salah faham dalam kalangan banyak pihak.

Ustaz Wadi telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi siaran langsung di Facebook sewaktu  menyampaikan kuliah dhuha di sebuah masjid pagi tadi mungkin di Sendayan, Negeri Sembilan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sesungguhnya saya tidak berniat untuk menghina agama lain dan saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan penganut agama lain.
“Semoga dalam majlis ceramah dan majlis ilmu yang barakah ini Allah SWT memadamkan api fitnah tersebut dan Allah SWT mengekalkan kita semua dalam kehidupan yang tenang dan aman damai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang telah memuat naik potongan video ceramahnya tempoh hari untuk memadam bahagian tersebut bagi mengelakkan sebarang salah faham dalam kalangan mereka yang bukan Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Mahani Ishak), Instagram ustazwadianwar

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd