Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed menjadi perhatian apabila perkongsian terbaru memaparkan isterinya, Fatin Syazwani Ishak semakin kurus selepas menjalani pembedahan bariatrik.
Pembedahan berjaya, isteri makin kurus
Menerusi hantaran tersebut, Fatin tampil mengenakan busana ungu cerah yang dipadankan dengan seluar jeans putih.
Dalam ruangan kapsyen, suaminya itu memaklumkan mereka sekeluarga berkunjung ke Cameron Highlands secara mengejut tanpa sebarang perancangan awal.
“Jalan-jalan Cameron Highlands tanpa perancangan, tiba-tiba saja sampai. Bawa anak-anak bagi mereka gembira,” tulisnya.
Video berdurasi hampir 10 minit itu kemudian dihujani pelbagai reaksi netizen, termasuk pujian terhadap penampilan Fatin yang dilihat semakin langsing.
Bariatrik menjadi
Dah boleh dukung
Badan dah cantik
Artikel lain: Halang Keluarga Bertemu, Ibu Mentua Dakwa Prince Syed Buat Anak Seperti Tikus Makmal
Sebelum ini, isu membabitkan pasangan berkenaan turut mencetuskan perhatian apabila ibu bapa Fatin mendakwa mereka tidak dibenarkan untuk melawat anaknya yang dikatakan kurang sihat.
Malah, ibu Fatin turut membuat dakwaan bahawa anaknya pernah diminta menjalani pembedahan bariatrik bagi tujuan mempromosikan produk penurunan berat badan.
Sumber: TikTok prince.syed.shahid







































