Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isteri Mangsa Nahas FRU Tak Salahkan Pemandu Lori, Arwah Suami Impi Kematian Didoakan Ramai

Isteri Mangsa Nahas FRU

“Kita pun tak salahkan pemandu lori itu lah. Mungkin itu saja cara Allah nak (ambil nyawa)….Sudah ajal ditetapkan macam itu.”

Itu luahan Norazian Mohd Joned, 38, isteri kepada Allahyarham Koperal Amiruddin Zabri, salah seorang daripada sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Teluk Intan pada 13 Mei lalu.

Isteri Mangsa Nahas FRU Reda

Menurut Norazian, suaminya pernah menyatakan rasa cemburu terhadap kematian para anggota bomba yang pernah tular kerana didoakan ramai, sewaktu insiden lemas melibatkan enam penyelam bomba pada 2018.

“(Arwah) suami saya pernah cakap sewaktu kes bomba lemas yang tolong ramai-ramai itu. Dia pernah cakap, kita patut cemburu dengan mereka kerana kematian mereka didoakan oleh semua orang, sama ada orang yang kenal mahupun tak kenal pun doakan sama.
“Mungkin agaknya masa itu, dia doa juga hendak mati macam itu kan. Dia pernah cakap yang mereka (enam bomba) itu mati yang baik. Jadi tak tahulah kan mungkin dalam hati dia doa macam itu juga,”katanya.

Norazian berkongsi, semasa dalam perjalanan membawa jenazah dari Teluk Intan ke Markas FRU Sungai Senam, beliau teringat kembali kata-kata arwah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya cakap pada dia (jenazah) semasa dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak ke Markas FRU Sungai Senam tempoh hari.
“Saya cakap, B (panggilan kepada suami), B pernah cakap B cemburu dengan diaorang (enam anggota bomba lemas) tapi sekarang bila sudah dapat kematian macam ini, satu Malaysia doakan,”katanya lagi.

Malah, katanya suaminya juga pernah menyebut kisah seorang lelaki tua yang meninggal dunia dalam perjalanan pulang dari masjid.

“Dia (suami) kata, kalau sudah janji Allah maka seminit pun tak lewat, yang lain-lain itu hanya asbab (sebab), cara hendak ‘pergi’ itu,”ujarnya.

Norazian turut berkongsi hasrat Allahyarham untuk menghantar anak sulung mereka, Amirul Firdaus, 12, ke sekolah tahfiz.

“Memang hasrat arwah sebelum ini hendak menghantar yang sulung ini (Amirul Firdaus) ke tahfiz.
“Katanya, jika boleh mahu salah seorang anak bersekolah tahfiz untuk bantu ibu dengan abah masuk syurga. Jadi, insya-Allah saya cuba usaha meneruskan niatnya itu,”kongsinya.

Norazian ditemui ketika menerima manfaat perlindungan takaful serta khairat kematian berjumlah RM4,000 di bawah Skim Simpan SSPN Prime daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Artikel lain: Nahas FRU: Masih Tiada Yang Jamin, Pemandu Lori Kekal Di Lokap

Sebelum ini, tular foto menyayat hati memaparkan Amirul Firdaus, 12, mengimamkan solat jenazah bapanya.

“Masa itu memang dia (Amirul Firdaus) yang minta mengimamkan solat jenazah. Katanya, kalau boleh untuk yang terakhir, abang hendak imamkan abah,” kata Norazian.

Sementara itu, anak bongsunya Amira Sofea yang baru berusia setahun sebulan pula dilihat kerap mencari ‘abah’ sejak kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BH Online (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

Seorang lelaki dilaporkan hilang telah ditemukan meninggal dunia di dalam hutan air terjun di Kampung Teluk Sanau, Baling. Memetik laporan Berita Harian, Ketua Balai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd