Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dari Jururawat Ke Penceramah, Lelaki Dedah Isteri Jadi Pembimbing Sepanjang 10 Tahun

Cinta tidak selalu lahir daripada kata kata manis atau janji janji indah. Ada cinta yang tumbuh perlahan melalui sabar doa dan bimbingan yang tidak pernah jemu. Dalam diam seorang isteri membentuk jiwa seorang suami sehingga akhirnya mereka berjalan seiring membawa cahaya kepada orang lain.

Isteri bimbing suami ke jalan Allah

Itulah kisah pasangan yang tular di TikTok selepas perkongsian penuh makna dimuat naik oleh si suami menerusi akaun @seluruh_alam. Ustaz Muhammad Fauzi Bin Jaafar 35 berkongsi perjalanan hidup dan perkahwinannya bersama isteri tercinta Khadijah yang disifatkan sebagai sumber perubahan terbesar dalam hidupnya.

bimbing

Menerusi perkongsian tersebut Fauzi mendedahkan bahawa beliau bekerja sebagai jururawat manakala isterinya merupakan seorang ustazah. Beliau mengakui tidak pernah terlintas di fikirannya untuk bergelar ustaz atau penceramah agama seperti hari ini.

Artikel lain: Bukan Sebab Harta, Lelaki Nikahi Doktor 18 Tahun Lebih Berusia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut kapsyen yang dikongsikan pasangan itu telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun.

“10 tahun perkahwinan dikau mendidik suamimu terima kasih Khadijahku,” tulisnya.

Fauzi turut berkongsi bahawa sejak awal perkahwinan isterinya tidak pernah jemu membimbing beliau membaca al Quran.

bimbing

Dari situ minatnya terhadap tilawah mula berputik sehingga beliau berani mencuba menyertai pertandingan tilawah secara kecil kecilan dengan isterinya sentiasa setia menemani di setiap penyertaan.

Perjalanan itu tidak terhenti di situ, Fauzi kemudiannya mula jatuh cinta dengan sirah Nabi Muhammad SAW.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ke mana sahaja beliau pergi buku sirah sentiasa berada di tangan malah beliau turut membuat nota sendiri sebagai usaha memahami perjalanan Rasulullah secara lebih mendalam.

bimbing

Melihat kesungguhan tersebut isterinya mengajak Fauzi menunaikan umrah. Dari situlah lahir cadangan agar beliau sendiri berkongsi ilmu sirah kepada masyarakat. Fauzi berkata isterinya menyarankan beliau memohon tauliah mengajar agama dan tidak lama kemudian permohonannya diluluskan.

Sejak itu Fauzi mula mengajar sirah dan menerima jemputan daripada surau dan masjid termasuk dari tempat beliau pernah menuntut ilmu sebelum ini. Di setiap langkah isterinya sentiasa berada di sisi menemani tanpa jemu.

bimbing

Pasangan itu juga kini mendaftar sebagai sukarelawan dalam usaha dakwah kepada golongan bukan Islam dan mualaf. Walaupun hanya membuka kelas di rumah sendiri Fauzi turut menyediakan kelas secara dalam talian bagi memberi ruang lebih luas kepada mereka yang ingin belajar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengakhiri perkongsiannya Fauzi menzahirkan rasa syukur dan penghargaan tidak terhingga kepada isterinya yang selalu bimbingnya yang disifatkan sebagai anugerah besar daripada Allah.

bimbing

“Terima kasih wahai Allah kurniakan isteri persis isteri Rasulullah. Terima kasih Khadijah kerana menerima abang sebagai suami,” katanya.

Kisah pasangan ini bukan sekadar tentang cinta tetapi tentang bagaimana sebuah perkahwinan mampu menjadi medan tarbiah membentuk jiwa dan menghidupkan dakwah bermula dari rumah lalu mengalir kepada masyarakat.

Sumber: TikTok @seluruh_alam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Seorang lelaki tampil memberi penjelasan susulan tular insiden membabitkan sebuah Toyota Alphard dan penunggang motosikal di Taman Johor Jaya di Johor Bahru yang berakhir...

Lokal

Isu kewangan dipercayai menjadi punca kepada pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan dibungkus di dalam beg dan ditanam di belakang sebuah rumah...

Dunia

Pemerintah Kota Medan, Sumatera Utara mengambil keputusan untuk memulangkan bantuan kemanusiaan yang diterima daripada Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), walaupun bantuan tersebut disalurkan bagi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd