Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Insiden KLIA, Hafizul Hawari Disabit Tujuh Pertuduhan

Seorang pengurus syarikat pelancongan, Hafizul Hawari didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.

Memetik laporan Berita Harian, tertuduh mohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakal tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki senjata api jenis pistol Glock 19 Austria, Made in Turkey yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37] yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat minimum enam kali.

Pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki 33 butir amunisi PMC 380 AUTO tanpa lesen yang sah mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 [Akta 206] boleh dihukum di bawah Seksyen 8 Akta sama yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

Pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memiliki satu bungkusan plastik cerah mengandungi mercun bola tanpa permit mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dilakukan dalam sebuah kereta Jenis Honda Civic di perkarangan KPJ Perdana Specialist Hospital di Kota Bharu, jam 2 petang, pada 15 April 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bernama

Terdahulu, seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 14 April lalu.

Mangsa dipercayai seorang pengawal peribadi itu parah akibat terkena tembakan berkenaan, namun telah sedarkan diri setelah melalui pembedahan.

Sumber: Berita Harian (Hidayatidayu Razali)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Lokal

Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal ditahan bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd