Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Imigresen Pergiat Operasi Banteras Klinik Haram Dikendali Pendatang Asing

Jabatan Imigresen Malaysia akan meningkatkan operasi risikan serta tindakan penguatkuasaan bagi membanteras kewujudan klinik haram yang diusahakan warga asing.

Banteras klinik haram

Banteras klinik haram pendatang asing

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pendekatan jangka panjang jabatan itu tidak tertumpu kepada satu kaedah sahaja, sebaliknya merangkumi penguatkuasaan berterusan, kerjasama rentas agensi serta penglibatan komuniti bagi memastikan kegiatan berkenaan dibendung secara menyeluruh.

“Kami akan terus mempergiatkan pengumpulan risikan dan pemeriksaan berkala di lokasi berisiko tinggi bagi memastikan kegiatan seperti ini ditangani secara konsisten dan menyeluruh,” kata Zakaria hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut memperkukuh kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, Kementerian Kesihatan (KKM), polis, Jabatan Kastam serta agensi berkaitan lain.

“Melalui tindakan yang diselaraskan, pihak berkuasa boleh menangani isu pelesenan, pematuhan kesihatan, keselamatan premis dan kesalahan jenayah secara menyeluruh dan bukan hanya dari sudut imigresen semata-mata,” jelasnya.

Zakaria menjelaskan, sebarang maklumat yang diperoleh dalam operasi dan berada di luar bidang kuasa jabatan akan disalurkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebagai contoh, butiran premis yang menyewakan ruang kepada pihak ketiga tanpa kelulusan akan disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk pemantauan dan penguatkuasaan mengikut undang-undang,” ujarnya.

Beliau menegaskan, pendekatan bersepadu amat penting supaya tindakan yang diambil bukan bersifat sementara, sebaliknya berfungsi sebagai langkah pencegahan jangka panjang terhadap kemunculan semula klinik palsu.

Pada masa sama, beliau menggesa orang ramai supaya menyalurkan aduan dan maklumat melalui saluran rasmi bagi membolehkan penguatkuasaan dilakukan dengan lebih pantas dan tepat.

“Pendekatan bersepadu memastikan tindakan yang diambil bukan sahaja bersifat sementara tetapi mempunyai kesan pencegahan jangka panjang, sekali gus mengurangkan peluang kegiatan seperti ini berulang,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut menggesa pihak berkuasa memperhebat penguatkuasaan terhadap klinik haram yang dikendalikan doktor palsu kerana ia mengundang risiko besar kepada pesakit.

Presidennya, Datuk Dr Thirunavukarasu Rajoo berkata, langkah penguatkuasaan perlu diperkasa secara strategik terutama di kawasan yang menempatkan ramai pekerja migran, memandangkan golongan itu sering menjadi sasaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“MMA menggesa pihak berkuasa mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengesan serta menutup operasi penjagaan kesihatan haram dengan segera.
“Kemunculan semula klinik seperti ini walaupun selepas serbuan sebelum ini menunjukkan keperluan tindakan yang lebih tegas dan berterusan.
“Ia amat membimbangkan apabila kegiatan seperti ini berlaku di ibu negara, sekali gus menimbulkan kebimbangan serius terhadap keselamatan pesakit dan pemantauan kawal selia,” katanya.

Artikel lain: Dokumen Meragukan, Imigresen Kedah Cekup 122 Pekerja Asing

Dr Thirunavukarasu turut memberi amaran bahawa amalan perubatan tidak sah boleh membawa kepada salah diagnosis, rawatan tidak sesuai, komplikasi akibat prosedur yang tidak selamat serta pendedahan kepada ubat tiruan atau yang tidak dibekalkan dengan betul.

Beliau menegaskan bahawa bidang perubatan di Malaysia dikawal selia secara ketat dan hanya doktor yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia serta memiliki Sijil Amalan Tahunan yang sah dibenarkan menjalankan amalan perubatan.

Sumber: Berita Harian (Hakim Mahari)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama. Kes ceroboh kuil di Rawang Ketua Polis...

Sosial

Seorang individu meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dihidangkan ikan yang tidak dimasak sempurna ketika berkunjung ke restoran milik usahawan dan pempengaruh masakan terkenal, Khairul...

Lokal

Mahkamah Tinggi di Melaka mengetepikan hukuman denda RM1,500 terhadap seorang pengawal keselamatan yang mengaku mencuri susu tepung dan beberapa barangan lain di sebuah pusat...

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd